Friday, 3 November 2017

Wang Abang Long Fadil Rupanya


Wang Abang Long Fadil Rupanya

WANG palsu di dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang yang tular, semalam, disahkan gambar yang diambil semasa penggambaran filem Abang Long Fadil 2.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, polis sudah membuat semakan selepas beberapa keping gambar wang palsu berkenaan tersebar di media sosial.

Menurutnya, penggambaran filem yang diterbitkan Skop Production Sdn Bhd itu turut disertai anggota polis daerah Klang sebagai langkah keselamatan.

“Sebagai makluman, gambar berkenaan adalah sedutan daripada filem Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan pada tahun ini.

“Gambar berkenaan dipercayai dikesan disebarkan sejak semalam di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumber: Terengganu Times