Kenyataan Abdul Munim Sombat Jitmoud itu
turut menyebabkan tertuduh, Trey Alexander Relford menitiskan air mata malah
hakim turut bersedih sehingga menangguhkan prosiding untuk sementara waktu.
Ketika hukuman dijatuhkan, Abdul Munim
turut memeluk Relford.
Menurut CNN, Abdul Mulim berkata, dia
tidak marah Relfourd berhubung pembunuhan anaknya, Salahuddin.
“Saya menyalahkan syaitan kerana
menyesatkan anda dan mengelirukan anda untuk melakukan jenayah yang begitu
besar. Tidak, saya tidak menyalahkan anda. Saya tidak marah kepada anda sama
sekali.
"Saya memaafkan kamu atas nama
Salahuddin dan ibunya, dengan perbuatan membunuh dia.
"I blame the devil, for misguiding
you and misleading you to do such a horrible crime. No I don't blame you. I'm
not angry at you at all.
"I forgive you on behalf of
Salahuddin and his mother. On the act of involving to kill him."
“Peluang untuk dimaafkan Tuhan terbuka.
Jadi, hubungiNya. Anda bakal mempunyai babak kehidupan yang baru," katanya
kepada Relford di mahkamah.
Dalam kejadian pada April 2015,
Salahuddin membuat penghantaran pizza terakhir apabila dia ditikam sehingga
mati dan dirompak di apartmen di Lexington, menurut stesen televisyen tempatan,
WKYT.
Tiga ditahan bagi membantu siasatan
kejadian itu tetapi hanya Relford didakwa.
Pihak berkuasa mendakwa, Relford yang
merancang rompakan itu tetapi suspek menafikan membunuh Salahuddin.
Relford dihukum penjara 31 tahun selepas
mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat membunuh, pembabitan dalam rompakan
dan cubaan mengganggu bahan bukti berhubung kes itu.
Sumber: Berita harian
0 comments