Gambar Hiasan
Pagi ini Mingguan Wanita dikejutkan dengan berita
pemergian Hajarul Aswad Mat Kar, 34 jururawat Desa yang dilaporkan semalam
demam bengkak susu rentetan kehilangan dua anak serentak akibat kemalangan
membabitkan kenderaan jenis Perodua Kancil yang dipandunya dengan pacuan empat
roda.
Menurut bapa saudaranya, Mohd Syukri Said, 57,
Hajarul menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.13 pagi tadi di Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM).
“Semalam lebih kurang pukul 9.15 malam pihak HUSM
telefon Azami memaklumkan yang isterinya ada masalah sikit.” ujarnya ketika
dihubungi.
Jenazah Hajarul akan disolatkan di masjid besar
Tanah Merah selepas solat Zohor ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan
Banggol Kemunting, Tanah Merah. Tempat yang sama bersemadinya jasad kedua-dua
anaknya yang terbabit dalam kemalangan yang sama tempoh hari.
“InsyaAllah, suami Hajarul, Azamin Setapa dapat
menerima ujianNya.” Tambah bapa saudaranya lagi, dia memastikan anak saudaranya
itu untuk menjaga kesihatan dengan baik dan meminta agar redha dengan
ketentuanNya.
“Begitulah redha yang Allah turunkan ke atas diri
kita dan mungkin ada yang terbaik lagi Allah akan beri pada Azamin. Itu sajalah
kata-kata semangat abe Ye selalu ucapkan pada Azamin.” Sambungnya mengakhiri
temu bual bersama Mingguan Wanita.
Sebelum ini, arwah Hajarul yang terlibat dalam
kemalangan dilaporkan dalam keadaan stabil dan mengalami demam bengkak susu
selepas anaknya, Muhammad Azam Tamim, 6 bulan dan Nur Alya Nisrina, 12 tahun
meninggal serentak akibat kemalangan yang membabitkan mereka.
Semoga roh arwah Hajarul Aswad Mat Kar dicucuri
rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.
Sumber: Mingguan Wanita.
geng wokyoh