Setelah curiga dengan kelakuan suaminya yang selalu
pulang waktu subuh, terus mandi dan membasuh baju,Seorang isteri akhirnya
mengetahui sesuatu yang mengejutkan.Selama mengharungi bahtera rumah tangga,
dia tidak merasa aneh dengan sikap suaminya. Namun sejak kebelakangan ini
suaminya selalu balik ke rumah pada waktu subuh, terus mandi, dan mencuci baju.
Balik dari kerja, dia terus mandi dan tidak mengendahkan saya, kemudian dia
pasti terus mencuci bajunya Hingga akhirnya saya mengetahui sesuatu yang sangat
mengejutkan setelah melihat keanehan yang dilakukan suaminya.
Ikuti kisahnya:-
Saya dan suami sudah menikah setahun lebih.
Sebenarnya, kehidupan kami biasa saja, setelah bercinta beberapa lama kami pun
merancang untuk bernikah. Kerana kami dilahirkan di kampung, biasanya cuma
perlu daftarkan diri di jabatan agama saja, kami tidak adakan kenduri pun. Kami
juga tidak merancang untuk mempunyai anak dalam masa terdekat, setelah setahun
bernikah, akhirnya suami mendapat kenaikan gaji dan kami boleh menyimpan duit
sedikit. Ditambah dengan wang yang dipinjam dari saudara mara, akhirnya kami
berjaya membeli sebuah rumah kecil. Pada hari kami mendapat kunci rumah kami,
suami memelukku dan berkata. Sayang, abang janji akan membahagiakan keluarga,
mulai sekarang, kita dah mempunyai rumah, sayang mesti bersiap sedia, aku akan
berjuang untuk keluarga Sayang mesti jaga kesihatan, kita akan segera dapatkan
cahaya mata, Saya hanya mengangguk bahagia mendengar semua ini. Saya tak tahu
apa salah saya, atau suami yang berubah, sejak kami membeli rumah.
Disebabkan pinjaman yang mesti dibayar, ekonomi kami
merudum dan kami hadapi banyak tekanan.
Tapi sejak itu, suami selalu berkata bahawa dia mesti
buat kerja lebih masa, mulanya saya sangkakan dia hanya akan bekerja lebih masa
seperti biasa. Tapi katanya dia mesti kerja lebih masa setiap hari, dan pulang
lewat malam sampai pukul 1 atau atau 2 pagi. Balik dari kerja, dia terus mandi
dan tidak mengendahkan saya, kemudian dia mesti mencuci bajunya. Suatu hari aku
nekad pulang kerja lebih awal dari biasa dan menunggu di depan pejabatnya.
Ternyata, suamiku tidak bekerja lebih masa! Selepas habis waktu kerja dia terus
keluar pejabat, tapi dia tidak terus pulang ke rumah. Ini membuatkan saya
semakin yakin yang suami berlaku curang! Mana taknya masa balik dia terus mandi
dan cuci baju mungkin sebab takut aku terbau wangian wanita lain. Tetapi saya
nampak dia masuk ke sebuah restoran barbeque. Masa itu saya berada di seberang
jalan memerhatikan suami, saya lihat dia keluar dengan baju putih dan mula
memanggang daging.
Suamiku memang pernah ceritakan yang dulu dia suka
memanggang daging di rumahnya dan semua orang cakap daging panggangannya memang
sedap. Melihatnya sedang memanggang daging, saya mulai menitiskan air mata.
Saya memutuskan untuk menyeberangi jalan dan duduk di restorannya. Seorang
pelayan datang bertanyakan pesanan, Saya cuma meminta segelas minuman, dan
tolong hantarkan kepada tukang masak yang sedang memanggang daging itu. Pelayan
itu merasa aneh dengan permintaan saya, namun dia tetap melakukannya, saat
menerima minuman itulah, suamiku mengangkat kepalanya dan melihatku. Lalu
meminum habis minuman itu dan terus menghampiri aku.
Sayang, macam mana kamu boleh sampai disini? saya
terus memeluknya dan berkata, Saya tunggu abang balik kerja. Malam itu suami
menjelaskan semuanya. Dia tidak letih dan boleh bekerja lebih masa, dia cuma
nak mendapatkan pendapatan sampingan. Saya kata padanya, saya pelik kenapa
setiap hari balik kerja abang terus mandi dan cuci baju. Rupa-rupanya abang
takut saya terbau bau asap dan daging, saya dah syak abang dah ada perempuan
lain, itu sebabnya saya pergi intip abang.
Suamiku kemudian memelukku dan mencium keningku, macam
mana abang nak curang? Awak adalah wanita paling sempurna buat abang, tak ada
orang yang boleh menggantikan awak!
geng wokyoh