Berang dengan tindakan isteri yang
berulang kali bertanya siapa yang menghantar mesej di aplikasi WeChat dan
Facebook, lelaki tergamak mengangkat dan menghempas isterinya ke lantai sebelum
menampar mukanya berkali-kali, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam
semalam di rumah mereka di Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur, mangsa berusia
39 tahun sebelum itu bertanya kepada suaminya siapakah wanita yang menghantar
mesej tersebut.
Bagaimanapun, pertanyaan itu membuatkan
lelaki terbabit berang, lalu mengangkat dan menghempas mangsa ke lantai.
"Selepas itu, lelaki terbabit
memaki hamun sambil menampar muka isterinya beberapa kali sehingga
mengakibatkan mangsa pening dan hampir pitam," kata sumber.
Difahamkan, mangsa sebelum ini juga
sering didera dan kejadian itu juga bukan yang pertama suaminya pernah 'kantoi'
mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
Ekoran kejadian itu, mangsa trauma dan
membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak untuk tindakan lanjut.
Sumber: My Media Hub
geng wokyoh