Friday, 17 November 2017

Sebab Percaya Alasan Bodoh Masih Sayangkan Papa, Mama Hilang Anak-Anak Mama


Kata pepatah hati wanita ini walaupun sekeras-keras kerak nasi bila kena air akhirnya lembut juga. Wanita memang berhati lembut dan mudah memaafkan terutamanya kepada insan yang disayangi walaupun kesalahan tersebut tersangatlah besar. 

Namun, tidak semua wanita mampu memaafkan keterlanjuran seorang suami yang sudah berzina bersama wanita lain. Malah jarang yang mampu menjadi sekuat wanita ini yang berkongsi kisahnya di laman Kisah Rumah Tangga yang menyentuh hati ramai netizen. 

"Nama saya Aina. Saya mempunyai dua orang anak. Kakak berumur 6 tahun dan arwah anak lelaki berumur 11 bulan. Saya bercerai dengan suami selepas anak lelaki saya meninggal kerana penyakit bekas suami saya kongsikan kepada kami."

Menurut kisah Aina, bekas suaminya itu pernah terkantoi berzina dengan wanita lain ketika anak lelakinya baru berusia empat bulan. Namun, Aina memaafkan kesalahan suaminya itu memandangkan rasa sayang dan kasihan dengan keadaan anak yang masih kecil. 

"Saya maafkan perbuatan suami saya dengan alasan paling bodoh seperti wanita di luar sana iaitu alasan anak masih kecil dan masih sayangkan suami. Suami saya berjanji takkan mengulanginya lagi dan saya percaya dengan janji BODOHNYA"

Selepas itu pasangan suami isteri itu kembali berbaik semula dan kehidupan mereka kembali seperti biasa. Namun, malangnya itu semua tidak kekal apabila anak lelaki mereka mula diserang kudis pada badan. 
Doktor kemudian mengesahkan anak mereka mengalami ruam dan kudis disebabkan kerap menggaru. Namun, lama kelamaan kudis tersebut bertukar menjadi nanah dan berbau sehingga anaknya demam panas dan cirit birit yang teruk sehingga perlu dibawa ke hospital. 

Setelah pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan bahawa anaknya itu dijangkiti HIV. Malah lebih mengejutkan, Aina turut mendapat penyakit yang sama. 

"YES! SAYA PUN DAPAT!! Doktor memberitahu anak saya mendapat penyakit HIV dari susu badan yang saya beri. Bekas suami saya pula menuduh saya curang sehingga penyakit tersebut berpunca dari hasil kecurangan saya" tambah Aina lagi. 

"Dia pun amat marah kerana dia pun menghidap penyakit yang sama tetapi Alhamdulillah anak perempuan saya tidak ada penyakit tersebut"

Akhirnya, anak lelaki Aina meninggal dunia ketika berusia lapan bulan selepas bertarung dengan penyakit HIV. Selesai sahaja upacara pengebumian, bekas suami Aina terus menangis sehingga melutut dan merayu memohon ampun kepada anak lelaki mereka atas kesalahan yang telah dilakukan. 
Maafkan papa, semua salah papa. Kalau papa tak berzina anak papa mesti hidup lama". Bekas suaminya telah mengaku setelah ditanya sama ada masih berzina dengan kekasihnya itu. 

Pengakuan bekas suaminya itu amat mengejutkannya dan penyakit HIV yang menjangkiti mereka adalah kerana wanita tersebut! 

"Saya ke mahkamah untuk menuntut cerai dan kami berpisah. Kini, masuk 3 bulan arwah anak lelaki saya meninggal dunia. Bekas suami pula tak habis-habis ajak berbaik dan ingin merujuk kembali sehingga dia pergi selamanya."

"Saya tak mungkin akan kembali kepadanya. Dia penyebab kematian anak saya. Saya terpaksa serahkan anak perempuan saya kepada kakak saya kerana takut dia juga akan dijangkiti virus HIV dari saya nanti"

Tambah Aina lagi, jika dia mampu untuk putarkan masa, dia tidak akan memaafkan bekas suaminya itu. Aina turut menasihati golongan isteri supaya fikir masak-masak sebelum memaafkan lelaki yang telah curang ataupun berzina kerana bimbang dijangkiti virus HIV. 

"Disebabkan alasah bodoh yang mama masih sayangkan papa dan anak masih kecil, mama hilang anak-anak mama buat selamanya.


Sumber: Kisah rumah tangga.
Load disqus comments

0 comments