Saya kena tangkap basah oleh isteri,
ayah dan ustaz di hotel, tapi saya pelik kenapa isteri tak mohon fasakh, lepas
beberapa tahun baru saya tahu ini sebabnya..
Sebenarnya, sy sekadar berkongsi rahsia
hati dan pengalaman. Sy seorang suami curang yg kini menerima kifarah Allah
setelah sy benar2 bertaubat! Julai ini, genaplah 18 tahun usia perkahwinan sy.
Sy bernikah ketika berusia 20 thn manakala isteri 17 thn. Isteri sy pilihan
keluarga sy. Dan sy waktu itu, telah mempunyai pilihan hati.
Sy tahu kenapa ibu sy mahu sy berkahwin
cepat. Ibu sy tak suka pilihan sy kerana teman wanita sy sosial org nya.
Dipendekkan cerita, akhirnya dalam keterpaksaan sy bernikah jua. Sy cuba
lupakan teman wanita sy namun sy gagal. Maka sy mengambil keputusan berpindah
ke kg nenek isteri sy kerana tak mahu bersua wajah dgn bekas teman wanita sy.
Hampir setahun rumah tangga kami, isteri
sy mengandung. Waktu itu jujurnya sy langsung tak rasa teruja nak menimang anak
kembar. Isteri pula mengalami alahan yg teruk sehingga sy terpaksa bawa isteri
pulang ke kampung. Sy mula rasa terabai waktu itu. Rasa sepi. Lalu sy
menghubungi kembali teman wanita sy.
Bermula di fb dan akhirnya berhubung di
telefon. Kami kembali menjalin kasih sehingga berjumpa di hotel. Tp Allah Maha
Mengetahui. Kecurangan sy terbongkar. Isteri sy tertekan sehingga mengalami
tumpah darah. Sy ckup rasa bersalah. Dan atas desakan dan pujukan keluarga sy,
isteri sy memaafkan sy dan beri peluang pada sy.
Tapi… Sy curang lagi ketika usia anak
kembar sy setahun. Kali ni, isteri sy bersama bapa sy juga ustaz yg menangkap
sy di bilik hotel. Malu yg teramat waktu itu. Tp sy pelik kenapa isteri sy
langsung x mohon fasakh walaupun ibu sy sndiri yg suruh. Waktu itu sy fikirkan
mngkin isteri sy memikirkan anak2 yg masih kecil.
Sy bertaubat dan bersungguh sungguh
berubah. Sy tumpukan perhatian pd kerjaya n anak2. Bila isteri menyuarakan niat
nk sambung belajar, sy support dr segi kewangan. Dia punyai keputusan spm yg
cemerlang, tp trpaksa berhenti belajar kerana desakan keluarga untuk bernikah
dgn sy dan sbb itulah sy menyokong dia kini.
Rumahtangga kami ok sahaja dan sy
berusaha menjadi ayah juga suami yg terbaik. Namun hubungan kami suami isteri
tercalar bila sy terbaca whatApps dia dgn seorang lelaki ketika dia di tahun
akhir PJJ. Sy tanya dia dan jawapan dia buat sy terkedu. Dia kata sakitkan bila
dicurangi dan dia tanggung seribu kali ganda sakit itu bila dia baca segala
whatApps sy lalu memberitahu bapa sy.
Sy menangis dan meminta agar dia lupakan
perkara lalu kerana sy benar2 sygkan dia dan berubah. Tp dia cuma senyum sinis
dan kata dia akan balas setiap titis air mata dia yg sy perah. Mulai detik itu,
sy mula bimbang dia curang sehingga ke katil hotel seperti sy dahulu. Sy mula
ekori dia, tp dia tak pernah tak balik bermalam di rumah. Habis kerja jam 5.
30, sejam selepas itu dia mesti dah smpai di rumah. Maka sy tepiskan perasaan
tersebut.
Sy berusaha saban detik membuktikan
kejujuran dan kasih syg sy padanya. Sudah 15 tahun berlalu, tp renungan dia x
pernah berubah. Dia masih tak lupakan kecurangan sy. Dia cukup pandai berlakon
di depan keluarga dan anak2. Tp bila dengan sy, muncul lah dirinya yg sebenar.
Berbelas tahun sy pendam semua ini
kerana kesakitan ini bermula dr perbuatan sy, tp skrg sy mula takut kehilangan
isteri sy kerana sy membaca whatApps isteri sy seminggu lepas dan lelaki yg
bersembang dgn isteri sy mendesak isteri sy supaya mnta cerai dr sy.
Sy buntu. Keluarga sy tak percaya lg pd
sy dan mana mungkin sy meminta bantuan mereka. Lgpun isteri sy menantu
kesayangan ibu sy. Sy berdoa saban waktu agar Allah memberikan petunjuk dan
hidayah. Pada suami2 yg membaca, jgn sesekali mencuba untk curang, kerana bila
kita dicurangi, waktu itu kita cuma mampu berharap agar kita mampu mengubah waktu
silam.
Wanita mmg lembut, tp bila peluang
diberi tak dimanfaatkan, lalu kembali mencalar kepercayaan, maka itulah detik
paling payah dan sukar untuk lelaki kembali meraih kepercayaan itu…