Kisah
seram ini dikatakan berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terletak di
Sintok, Kedah. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ianya kisah benar atau
tidak. Kisah ini diceritakan oleh seorang cikgu matrikulasi.
Cerita
ni berlaku di salah sebuah kolej perempuan, tetapi tidak pula diberitahu kolej
yang mana satu. Menurut cerita beliau, terdapat seorang pelajar yang tinggal
berdua dengan teman sebiliknya. Kehidupan mereka seperti biasa sahaja seperti
pelajar-pelajar yang lain tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik
yang berlaku.
Segala-galanya
normal sehinggalah pada suatu hari apabila pelajar tersebut balik ke bilik.
Semasa dia hendak tidur, dia meminta tolong teman sebiliknya supaya menutup
suis lampu kerana dia sukar tidur dalam keadaan yang terang. Tetapi dengan
selamba teman sebilik pelajar tersebut mengjulurkan tangannya yang memanjang
macam hantu dalam filem Nang Nak dan terus menekan suis lampu. Apabila
melihatkan perkara ini, pelajar itu terkejut dan terus berlari keluar dari
bilik.
Apabila diceritakan tentang hal itu kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati bahawa dia rupa-rupanya hanya tinggal seorang diri tanpa teman sebilik kerana katil dan almari di sebelahnya kosong!

Merasa
pelik dengan keadaan itu, keesokan harinya pelajar itu terus membuat pertanyaan
di pejabat kolej, namun staf di pejabat kolej mendapati tiada nama yang
disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah
wujud sama sekali.
Rupa-rupanya sudah satu semester pelajar itu tinggal dengan hantu atau jin yang menyamar sebagai teman sebiliknya. Selepas bercerita, cikgu itu sempat berpesan, bila balik ke bilik nanti cuba kamu semua periksa kawan sebilik betul-betul sama ada dia manusia atau hantu. Setelah diperiksa didapati peristiwa ini tidak berulang lagi kerana kebanyakan kawan sebilik adalah benar-benar manusia.
Sumber: Kisah Seram