Makan
sarapan adalah tabiat sihat jika anda jenis yang mengawal berat badan. Kajian menunjukkan
bahawa mereka yang makan sarapan dengan tetap cenderung untuk kurus dan mereka
yang berdiet lebih Berjaya mengurangkan berat badan apabila mereka bersarapan.
Lebih-lebih
lagi mereka yang makan sarapan juga turut mendapat lebih serat, kalsium,
vitamin C, Riboflavin, zink dan besi serta kurang lemak dan kolestrol.
Berikut
adalah makanan yang boleh dijadikan sebagai sarapan sihat:
1. Rasberi
Secawan
rasberi memberikan 8gram serat. Jumlah ini lebih dua kali ganda daripada
secawan strawberi dan kira-kira sama jumlah dengan secawan setengah jenis
kacang.
Apa
yang hebatnya mengenai serat?
Kajian
dalam journal of nutrition mencadangkan dengan memakan lebih serat sebagai satu
cara untuk mencegah penambahan berat badan, malah mampu menggalakkan
pengurangan berat. Dalam kajian selama 2 tahun itu, penyelidik mendapati bahawa
8 gram serat untuk setiap 1000 kalori mampu memberi kesan terhadap pengurangan
berat kira-kira 4 ½ paun.
2. Mil Oat
Mil
Oat boleh membantu mengurangkan berat dalam 2 cara. Pertama, mil oat padat
dengan serat dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Yang kedua, kajian
dalam journal of nutrition melaporkan bahawa dengan memakan sarapan diperbuat
dengan karbohidrat ‘lepas perlahan’ seperti mil oat atau bijirin bran – tiga jam
sebelum bersenam boleh membantu anda membakar lebih lemak.
Bagaimana
membantu?
Memakan
karbohidrat ‘lepas perlahan’ tidak menaikkan gula dalam darah setinggi anda
memakan karbohidrat bertapis. Ia membuatkan tahap insulin tidak naik dengan tinggi.
Ini adalah kerana insulin memainkan peranan dalam memberi isyarat kepada tubuh
untuk menyimpan lemak. Dengan memiliki tahap gula dalam darah yang rendah boleh
membantu membakar lemak.
3. Yogurt
Dalam
satu laporan yang diterbitkan oleh New England Journal of Medicine, mendedahkan
yogurt adalah antara salah satu daripada lima makanan yang membantu
mengurangkan berat. Sebab lain untuk memakan yogurt adalah kerana protein yang
terdapat di dalamnya mampu memberikan anda lebih ketelebihan tambahan jika anda
mahu kelihatan lebih kurus.
4. Mentega Kacang
Kacang
adalah antara salah satu daripada salah satu daripada lima jenis makanan yang
mampu membantu meransang penurunan berat badan. Anda boleh menyapu sesudu atau
dua sudu makan mentega kacang ke atas roti bijirin penuh. Jika tidak suka
mentega kacang, anda boleh memasukkan kacang ke dalam mil oat.
5. Telur
Telur
memberikan protein yang diperlukan oleh tubuh. Ini amat baik untuk mereka yang
berdiet. Dibandingkan dengan karbohidrat dan lemak, dikatakan protein
memastikan anda kekal kenyang lebih lama. Tambahan pula, dalam satu kajian,
mendapati mereka yang berdiet dengan memakan telur sewaktu sarapan merasa lebih
kenyang agak lama dan hilang berat lebih kurang dua kali ganda seperti mereka
yang mendapat sejumlah kalori daripada makanan bagel.
geng wokyoh