Saturday, 4 November 2017

Rumah Mampu Milik!! Ini Bukan ‘WAYANG PACAK’ .. Ada Syaratnya! Sila Baca ..


Tular di media sosial bahawa Kerajaan Selangor menawarkan rumah yang amat murah serendah RM42,000. Perkara ini menjadi tular antara rakyat Malaysia terutama selepas beberapa minggu ini kecoh pasal penipuan penjualan rumah dari salah sebuah syarikat tempatan yang dikelolai oleh salah seorang artis yang berpangkat datuk.

Ramai netizen bertanyakan apakah syarat syarat untuk memohon rumah dari kerajaan Selangor ini. Anda boleh masuk kedalam website Kerajaan Negeri Selangor ( http://ehartanah.lphs.gov.my/ ) untuk melihat sekiranya benar atau pun tidak.

Projek perumahan ini dibawah salah satu developer rumah ternama didalam Malaysia iaitu Eco Forest. Anda boleh lihat di Page syarikat tersebut ( https://www.facebook.com/ecoforestmy/ ). Tetapi bila kami lihat didalam page mereka tiada 1 pun menyebut mengenai projek perumahan Rumahku Selangorku.

Dibawah adalah petikan dari Facebook Rizal Hakimm dan ada juga syarat-syaratnya

Mohon SHARE untuk ramai dapat peluang ini!
Rumah Selangorku dari kerajaan Negeri Selangor.
Hanya RM42ribu
(Harga asal Khabarnya dlm RM200ribu)
Subsidi Kerajaan Selangor…

Syarat2 permohonan Rumah Selangorku:
1.    Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas.
2.    Terbuka kepada semua rakyat Malaysia…
3.    Pendapatan bulanan dibawah RM3,000.00
4.    Pemohon bujang @ suami isteri tidak mempunyai sebarang rumah kediaman. (Rumah pertama)
5.    Rumah hanya untuk didiami, bukan disewa
6.    Rumah ini hanya boleh dipindahmilik selepas 5 tahun.

Harga serendah RM42,000 shj 

Sekiranya anda semua lawat laman web ( https://www.pkns.gov.my/my/rumah-selangorku ) anda juga boleh melihat senarai rumah rumahku selangorku.
BIL
NAMA PROJEK
LOKASI
HARGA SEUNIT (RM)
1
Rumah Mampu Milik 1 1/2 Tingkat Sek.1D
Antara Gapi
180,000.00
2
Rumah Mampu Milik 2 Tingkat Sek 1E
Antara Gapi
250,000.00
3
Rumah Mampu Milik (Townhouse )
Kota Puteri
185,000.00
4
Pangsapuri Kos Rendah 5 Tingkat
Kuang
42,000.00
5
Pangsapuri Kos Sederhana
Bandar Sultan Sulaiman
60,000.00
6
Pangsapuri Kos Rendah Seri Perantau
Port Klang
42,000.00