Jangan tertipu kalau beli sesuatu barang. Korang
kena jadi pengguna yang bijak tau. Kadang-kadang peniaga ni nak ambil untung
banyak mereka akan guna cara yang tak jujur. Jadi, sebelum atau selepas beli,
pastikan korang tak tertipu dengan barang yang dibeli okay. Sebagai contoh,
minyak masak. Ada petua yang korang boleh tahu untuk memastikan minyak masak
yang korang beli tu asli dan bukan minyak masak yang sudah dikitar semula.
Lihat petua dekat bawah:
1. Korang letak minyak masak dalam peti
sejuk selama 2 jam. Sebab? Untuk memastikan ada atau tidak buih keputihan dan
untuk memastikan minyak tu berbuih atau tidak. Sekiranya ada, minyak tersebut
adalah minyak kitar semula. Bermaksud, minyak buangan.
2. Cara kedua, masukkan bawang putih dalam
minyak tersebut, jika bawang putih bertukar jadi merah, ia bermaksud minyak
yang korang guna merupakan minyak kitar semula dan ia sangat bahaya Bawang
putih tidak akan berubah menjadi warna merah sekiranya minyak yang kita guna
berkualiti baik.
Haa korang boleh cuba petua ni okay? Jangan tertipu
tau!
geng wokyoh