Sunday, 5 November 2017

Petua Dapur



1.   Susu Sentiasa Segar


Bagi menjaga kesegaran susu segar, tutup kembali kotak susu rapat-rapat selepas digunakan. Perhatikan tarikh luputnya. Jika tidak segera diminum, simpan dalam peti beku dan panaskan kembali jika ingin digunakan. Jangan masukkan susu yang sudah dituang ke dalam kotaknya semula agar tidak dicemari bakteria.

2.   Cara Simpan Epal


Epal termasuk buah yang tahan lama. Epal segar yang baru dipetik boleh tahan disimpan dalam peti sejuk selama tiga hingga empat bulan, malah untuk epal jenis tertentu bolah tahan hingga enam bulan. Sebelum disimpan dalam peti sejuk, bungkus epal dengan kertas lalu simpan di tempat sejuk dam gelap untuk menjaga kesegarannya.

3.   Stik Tidak Menjadi


Stik tidak masak sepenuhnya. Jika ini terjadi, bungkus dengan kertas aluminium dan panggang stik hingga masak, bagaimana pula kalua stik terlalu keras? Ketuk-ketuk daging kemudian rendam dengan bahan perapan. Bubuh dalam bekas tanan panas dan panggang, kalau stik tetap keras, olah jadi hidangan lain. Potong nipis-nipis, tumis atau masak dengan sos pilihan.

4.   Elak Pasta Melekat


Jika anda merebus pasta tetapi terlupa memcampurkan sedikit minyak untuk mengelak pasta melekat, usah bimbang. Siramkan sedikit air panas pada pasta dan sedikit minyak atau mentega. Elak guna marjerin kerana pasta akan mengeras setelah sejuk.

5.   Sup Terlalu Masin


Sekiranya sup yang dimasak terlebih masin, tambahkan air atau stok dan masak lagi sebentar. Cara lain. Tambahkan beberapa potong kentang dan masak lagi sebentar. Keluarkan kentang ketika sup dihidangkan. Jika ini pun tidak berhasil, tambahkan gula pasir sedikit-sedikit dan bertahap, mulai dengan sesudu teh gula pasir sehingga rasa masin berkurangan. Tetapi hati-hati, jangan sampai sup rasa manis.
Load disqus comments

0 comments