Gambar Hiasan
PUCHONG – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berdepan
detik hitam apabila dirogol pengurus kedai tempatnya bekerja di rumah suspek
berusia 50 tahun itu, di sini, baru-baru ini.
Mangsa yang baru lima hari bekerja sebagai pembantu kedai kek di
Seri Kembangan itu dikatakan menumpang kereta suspek yang datang mengambilnya
di rumahnya di Puchong Jaya.
Pengurus terbabit kemudian menyatakan dia perlu ke rumahnya untuk mengambil
barangan yang didakwa tertinggal.
Sumber berkata, apabila sampai di pangsapuri milik suspek,
mangsa diminta masuk ke dalam rumah namun dia pada mulanya enggan menuruti
arahan itu.
Setelah beberapa kali dipujuk, mangsa akhirnya masuk ke dalam
rumah dan dibawa ke bilik tidur sebelum diraba dan dipeluk.
“Mangsa menepis perbuatan suspek dan cuba melarikan diri namun
lelaki tua tersebut terus menariknya dengan paksa dan menolaknya ke atas katil.
“Suspek merogol remaja itu tanpa mempedulikan kata-kata mangsa
yang dia sedang datang bulan.
“Suspek juga sempat beritahu kepada mangsa kesakitan pertama
kali mengadakan hubungan seks selepas mangsa mengadu sakit,” katanya.
Kata sumber itu lagi, pengurus kedai berkenaan mengenakan kondom
apabila mangsa mengatakan dia bimbang jika mengandungkan anak suspek.
“Suspek kemudian merogol mangsa dalam tandas dan mandi bersama
remaja itu sebelum menghantarnya pulang ke rumah.
“Sebelum itu suspek sempat memberi amaran kepada mangsa supaya
tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis
Bukit Puchong.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten
Komisioner Mohammad Azlin Sadari ketika dihubungi menerusi WhatsApp,
mengesahkan kejadian tersebut.
Menurutnya, suspek ditahan di sebuah hotel di Puchong, kira-kira
jam 3.45 pagi ini.