KANGAR:
Seorang pemandu bas yang tertinggal penumpang di dalam tandas di Alor Setar,
cedera parah ditikam dalam kejadian di Stesen Bas Ekspres Jalan Bukit Lagi, di
sini, pagi tadi.
Mangsa,
Mohd Fakhri Yahya, 33, menerima tiga jahitan selepas ditikam di bahagian
belakang badan dengan pisau oleh penumpang yang secara tidak sengaja
ditinggalkannya di Stesen Bas Shahab Perdana di Alor Setar, Kedah.
Ketua
Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata dalam kejadian kira-kira
jam 10.30 pagi itu, suspek dikatakan tertinggal bas kerana pergi ke tandas.
Dia
kemudian menaiki teksi dan mengejar bas berkenaan sehingga ke sini.
"Sebaik
bas yang dalam perjalanan dari Larkin, Johor menuju Kangar itu berhenti, suspek
terus masuk ke dalam bas dan menikam mangsa dari arah belakang di bahu sebelah
kiri.
"Suspek
kemudian terus melarikan diri dan kejadian itu disaksikan beberapa orang
penumpang yang masih belum turun dari bas," katanya ketika dihubungi.
Wari
berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Fauziah (HTF), di sini
dengan ambulans sebelum menerima rawatan di wad kecemasan.
"Mangsa
dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.
"Berdasarkan
keterangan mangsa, beliau masih terkejut dengan kejadian itu berikutan ia
berlaku dengan pantas," katanya.
Wari
berkata, pihaknya masih mengesan suspek iaitu seorang lelaki tempatan dengan
ketinggian kira-kira 172 sentimeter, memakai baju kemeja bercorak petak
berwarna hijau ketika kejadian.
Polis
turut menemui pisau yang digunakan untuk menikam mangsa serta beg berisi
pakaian dipercayai milik suspek.
"Kes
kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan
kecederaan," katanya.
Sumber:
BH Online
geng wokyoh