Jangan
kata ini artikel fitnah. Ini cuma untuk penjelasan sahaja. Sebelum ini kecoh di
media sosial mengenai cerita jambatan bunian di Port Dickson.
Jambatan berkenaan terdapat di beberapa lokasi sepanjang jalan berkenaan.
Cerita
yang tersebar kononnya jambatan berkenaan dibina untuk laluan bunian bagi
mengelakkan kemalangan berlaku apabila bunian
melintasi lebuhraya. Apatah lagi kemalangan kerap berlaku di kawasan berkenaan.
Ada juga cerita yang mengatakan ada perjanjian antara manusia dengan bunian.
Dua jambatan berkenaan dibina bagi mengelakkan malapetaka berlaku.
Misteri cerita jambatan bunian di Port
Dickson akhirnya terjawab. Macam pelik juga
bunyinya. Bunian ni perlukan jambatan ke untuk lintas jalan? Bagaimana pula
dengan cerita perjanjian antara manusia dengan bunian? Elak malapetaka? Fuh,
makin suspen juga ammboi bila cari maklumat dan menulis pasal artikel ini.
Berdasarkan sumber awal, janganlah kita mudah percaya dengan
cerita-cerita sebegitu. Bukan bermaksud ammboi nak menafikan kewujudan ‘mereka’
namun sebenarnya jambatan berkenaan
dibina bagi laluan haiwan untuk melintasi jalan (wildlife crossing) dari dua
kawasan hutan yang ada ditepi lebuhraya berkenaan. Kebanyakkan negara lain
sudah lama mengaplikasi kaedah ini bagi mengelakkan haiwan liar kemalangan.
Namun begitu, ada cerita lain juga yang keluar dari mereka
yang tinggal di kawasan berdekatan. Ada yang mendakwa, jambatan berkenaan tidak
boleh digunakan pun oleh haiwan kerana terdapat pagar yang menghalang laluan.
Oleh itu mereka menafikan jambatan itu adalah untuk kegunaan haiwan liar
melintas. Mereka mendakwa jambatan itu sebenarnya dibina untuk tujuan promosi Port Dickson. Dengan adanya
jambatan tersebut maka boleh dibina ruang iklan untuk disewa. Selain itu untuk
penunggang motosikal berteduh ketika hujan. (Setakat pasang billboard takkan
sampai bina jambatan sesaja jer..?
Dalam
pada itu, ada juga sumber yang mendakwa jambatan berkenaan sebenarnya dibina sebagai perancangan masa depan.
Dalam erti kata lain, buat jambatan dulu baru buat jalan raya bila sudah ada
dana.
Lagi
satu, ada yang memberitahu sebenarnya Lebuhraya Seremban – Port Dickson dibina
dengan jajaran merentasi hutan simpanan kawasan latihan tentera darat.
Lebuhraya ini telah membahagi kawasan latihan tersebut. Bagi memudahkan pergerakkan latihan tentera maka
jambatan berkenaan telah dibina.
Ok,
ada juga yang mengatakan yang sebenarnya jambatan itu bukan untuk laluan bunian
dan bukan jugak untuk laluan binatang. Jambatan tu adalah tanda sempadan
penyelengaraan PLUS. Katanya, jambatan tu ada dua, satu
selepas lampu isyarat simpang empat Port Dickson, Linggi, Seremban, Teluk
Kemang dan satu lagi selepas Tol Mambau. Kat bawah jambatan tu ada papan tanda
bertulis sempadan had penyelengaraan PLUS.
Ada sebab baik
pembinaannya yang mungkin kita masih kurang jelas dan fahamkan. Benda nak bina
ni melibatkan kos, sudah tentu pihak berkenaan memerlukan tujuan untuk wang
mereka dibelanjakan. Takkan nak tulis, pembinaan jambatan untuk kegunaan bunian
pulak kot.
Sumber:
Ammboi DotCom