Lazimnya,
kunyit hidup dengan subur di kawasan lapang dan terdedah kepada matahari. Bukan
setakat itu sahaja, ketinggian tumbuhan istimewa ini boleh mencecah melebihi
satu meter. Di negara Arab, kunyit lebih terkenal dengan nama kurkum sementara
di India, ia sinonim dengan nama saffron dan Indonesia pula dengan nama kunir,
kordin, temu kuning serta ukon jadi pilihan.
Boleh
dikatakan ramai pakar dari barat semakin berminat menjalankan lebih banyak
kajian mengenai kunyit. Meskipun suatu ketika dahulu, kunyit dianggap bahan
herba untuk merawat wanita bersalin tetapi kini tidak lagi.
Kurkumin,
iaitu sejenis bahan aktif utama yang terdapat di dalam kunyit dikatakan mampu
menguatkan sistem pertahanan badan daripada serangan penyakit. Bukan setakat
itu sahaja, ekstrak kurkumin pula mengandungi polifenol yakni sejenis komponen
bio aktif yang sedia diserap oleh tubuh bagi mencegah tanda-tanda awal kanser.
Antara
manfaat yang boleh diambil dari kunyit untuk kesihatan manusia ialah.
1. Melawan Kanser
Berdasarkan
kajian yang dijalankan oleh Universiti Of California, Los Angeles, enzim yang
menyebabkan kanser dalam tubuh seorang pesakit mampu dikurangkan dengan
pengambilan kunyit. Ia juga dipercayai berupaya menghalang sel-sel kanser dari
terus merebak.
2. Menghalang Bengkak
Kunyit
yang digunakan untuk pra-rawatan dikatakan mampu mengurangkan gejala sakit
sendi seperti artritis reumatik. Ia merupakan salah satu kajian yang dijalankan
oleh Dr.Randy J. Horwitz dari pusat Perbuatan Integrasi Perubatan Arizona,
Amerika Syarikat
3. Antioksidan Semula Jadi
Salah
satu komponen yang terkandung di dalam kunyit dipercayai berupaya meneutralkan
radikal bebas yang hanya merosakkan sel-sel badan. Apabila radikal bebas ini
bercampur dengan sel-sel badan, maka reaksi yang terhasil menjadi tidak stabil
pada sel badan sekali gus mengakibatkan tindak balas berantai yang akhirnya
merosakkan sel tersebut. Di sinilah kurkimin berperanan dengan memperlahankan
seterusnya menghalang tidak balas berantai radikal bebas dengan menggabungkan
dirinya pada rantaian tersebut.
4. Membantu Meningkatkan Fungsi Otak
Boleh
dikatakan banyak penyakit berkait rapat dengan ingatan. Tidak keterlaluan
dikatakan ia berpunca daripada pengurangan bilangan sel-sel otak yang berhubung
selain penurunan hormone peningkatan memori. Sekiranya tidak dirawat dengan
cepat, maka terjadilah penyakit seperti Alzheimar
dan nyanyuk. Selepas mengambil kurkumin yang terkandung di dalam kunyit
maka tiada masalah lagi untuk mendapatkan sel otak yang kuat.
geng wokyoh