Monday, 20 November 2017

Lori Bawa Batu Arang Jatuh Gaung, Pemandu Lori Maut Tertimbus

 

HULU TERENGGANU – Seorang lelaki Jeganathan A/L Bathumalai, 38 maut setelah treler yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung di kilometer 58 Jalan Aring – Kuala Berang.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa tersepit dan tertimbus muatan batu arang yang dibawa di kedalaman dianggarkan 10 meter.

Kerja-kerja membawa keluar mangsa telah dijalankan oleh pihak bomba selama 3 jam 20 minit dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Menurut polis, mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk urusan bedah siasat.

Sumber: Terengganu Times


Load disqus comments

0 comments