Thursday, 2 November 2017

Kisah Seram Lebuhraya Karak


Tahukah anda dimana tempat-tempat paling berhantu dan menyeramkan di Malaysia? Sebenarnya terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling berhantu di Malaysia. 

Mungkin kerana terlalu banyak kejadian-kejadian misteri dan pelik yang berlaku dikawasan tersebut sehingga menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang ramai.

Berikut adalah salah satu tempat yang menyeramkan..

Lebuhraya Karak, Pahang

Lebuhraya ini dibuka kepada orang awam sejak tahun 1977, menghubungkan KL dengan Karak dan telah dinaiktaraf daripada 4 lorong ke 6 lorong pada 1997.

Banyak kemalangan maut telah terjadi di lebuhraya ini dan salah satunya pada 1990, 17 orang telah mati dalam kemalangan melibatkan 10 kereta, kereta polis, lori dan sebuah bas.

Antara kisah yang popular adalah apabila sebuah kereta Volkswagen warna kuning tiba-tiba muncul di hadapan kereta kita. Jika kita potong, selepas itu akan kelihatan lagi kereta Volkswagen kuning tadi di hadapan. Potong lagi dan kita jumpa lagi kereta itu!

Apa yang menakutkan, bila diteliti tiada manusia di dalam kereta itu!

Satu lagi kisah berkenaan 4 orang hamba Allah dalam perjalanan dari Shah Alam ke Tanah Merah. Semasa melalui Bentong, tiba-tiba dua orang daripada mereka, Saifullah dan Hadi telah terdengar bunyi selepas terhempas di bahagian belakang kereta. Dua rakan lain Azizi dan Malik sedang tidur. 

Selepas melihat cermin belakang, mereka tidak nampak apa-apa. Semasa memotong sebuah lori balak, pemandu lori itu menyalakan lampu besar berulang kali. 

Beberapa kenderaan yang memintas kereta mereka turut menyalakan lampu tinggi dan membunyikan hon, mengejutkan rakan yang sedang tidur. 

Memikirkan kemungkinan sesuatu berlaku terhadap keretanya, Saifullah ambil keputusan berhenti di bahu jalan untuk melihat-lihat jika ada yang tidak kena. 

Semasa Hadi dan Saifullah membuka pintu kereta, Malik yang kebetulan memalingkan muka ke cermin belakang menjerit meminta perjalanan diteruskan sambil menepuk-nepuk belakang kerusi. 

Malik mengalami ketakutan yang amat sangat setelah ternampak pontianak sedang berbaring di atas but kereta, dengan wajahnya menghadap mereka.

Sedikit perkongsian : Baru-baru ini admin ada tengok satu rancangan di televisyen, seorang ustaz ada mengatakan bahawa, kawasan asal sebelum pembinaan jalan ini sudah ada penghuninya. Semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan tiada sebarang interaksi dilakukan agar "penghuni" di kawasan tersebut berpindah terlebih dahulu. Hutan digondol dengan rakusnya. Akibat dari itu, dendam "penghuni" telah menyebabkan banyak berlakunya kemalangan maut dan banyak nyawa telah tekorban... Wallahu A'lam