Kisah seram
di asrama lelaki | Jarang sebenarnya kita nak mendengar tentang
kejadian seram dan misteri di hostel atau di asrama lelaki ni. Biasanye mesti
melibatkan asrama perempuan kan. Namun kali ini aku berpeluang untuk berkongsi
dengan korang semua tentang kejadian yang menimpa Nizam (bukan nama sebenar)
sewaktu beliau tinggal di asrama lelaki. Kisah seram ini adalah kisah benar
yang dialami sendiri oleh Nizam.
Kisah seram
di asrama ini berlaku masa aku tingkatan 1. Aku bersekolah di Sekolah Agama di
Gombak, Selangor.
Masa tu aku
duduk di asrama lelaki. Biasa la.. Bila dah duduk asrama ni macam-macam cerita
seram dan versi pernah aku dengar berkenaan asrama lelaki yang aku duduk
ni. Asrama ni ade 5 tingkat dimana dorm aku berada di tingkat atas
sekali.
Kisah seram
di asrama aku ni bermula pada suatu malam tu. Aku dengan rakan-rakan aku
hendak tidur. Masa tu pukul 1 pagi. Masa nak tidur tu, aku terdengar ayam hutan
berkokok.. Dan tiba-tiba dinding belakang katil aku berbunyi macam dicakar..
Aku buat tak tahu dan berdiam diri sahaja.. Sambil dalam hati membaca ayat
kursi.. Selepas itu, tiada apa-apa yang terjadi dan aku tidur lena sampi
esok pagi…
Petang
keesokan harinya tu, aku bertanya pada rakan aku yang duduk sebilik tu samada
dia ada dengar bunyi apa-apa tak malam tadi.. Dan dia kata dia tak dengar
apa-apa dan aku hanya berdiam diri sahaja tapa menceritakan bunyi yang
menyeramkan malam semalam.
Kisah Seram Di Asrama Lelaki | Kemuncak
Malam kedua
selepas kejadian tu.. Kali ini bukan aku seorang sahaja yang alami.. Tapi
melibatkan satu dorm di asrama lelaki ni… Dorm kami tiba-tiba elektrik trip…
Dalam keadaan gelap tu aku dan rakan-rakan dorm aku terasa macam angin bertiup
masuk dalam dorm asrama lelaki tu dengan kuat.. Kami semua berasa pelik.. Dan
salah seorang dari rakan aku cuba untuk menaikkan (meng ON) suis utama… Dan
elektrik ada kembali.. Selang 2 minit lepas itu, elektrik trip balik..
Kejadian ini
berlaku sebanyak 3 kali pada malam tu.. Selepas kali keempat rakan aku kena
tampar dari belakang dan dia mengadu kesakitan.. Kami yang melihat dia tiba-tiba
berasa panik… Dan menyangka dia terkene renjatan elektrik… Kami membawa dia
keluar dari asrama lelaki tu menuju ke dewan. Di dewan kami mendapati terdapat
kesan lembam pada tengkuk kawan yang ditampar dari belakang tadi tu… Kami semua
terkejut dan berasa pelik dengan apa yang telah terjadi…
Aku bersama 3
orang rakan telah mengambil keputusan untuk kembali ke dorm asrama
lelaki.. Sampai je kat dalam dorm, aku dengan rakan aku terus lari lintang
pukang keluar dari dorm asrama lelaki kerana nampak “benda” tu bertenggek atas
kipas… Kami berlari sampai lompat tangga tu.. Selipar pun ade yang sebelah lain
sebelah lagi lain.. Sampai di bawah kami semua tercungap-cungap dan memberitahu
kejadian itu kepada rakan kami yg duduk di dewan.
Kami semua
sepakat naik kembali ke dorm asrama lelaki tadi dan membaca ayat Kursi serta
salah seorang dari kami azan.. Alhamdulillah selepas itu semua nye kembali
seperti sedia kala.
Tapi kisah
seram di asrama lelaki ni tak berakhir disitu.. Esok malamnye.. Aku sorang je
pulak yang kene… Almari kat sebelah aku tiba-tiba berbunyi dan pintu almari tu
terbuka dengan sendirinya.. Aku berasa takut.. Aku berselimut hingga tutup
muka…. Aku terasa kaki aku bagaikan ada orang yang tarik.. Aku tak
dapat tidur sampai la esok pagi.. Tak berani aku nak tengok makhluk jenis
apakah yang tarik kaki aku pada malam tu..
Kisah Seram Di Asrama Lelaki | Penutup Cerita
Selalunya di
asrama lelaki aku ni mengadakan solat subuh berjemaah… Aku tidak pergi selama 3
kali dan akhirnye aku dibuang asrama…. Aku tak pergi ada sebab… Sebabnye aku
tak cukup tidur akibat diganggu oleh “benda” tu… Kejadian yang menimpa aku ni
benar-benar menyeramkan aku.. Dan aku tak nak duduk di asrama lelaki lagi…
Akhirnya selepas kene buang asrama aku sekolah dekat dengan rumah aku….
Sekian….
Terima kasih
Nizam kerana berkongsi kisah seram di asrama lelaki ini. Begitulah kisah hidup
pelajar di asrama kan.. Macam-macam perkara yang dapat kita rasakan bila tinggal
di asrama bersama rakan-rakan.. Aku juga dulu pernah tinggal di asrama lelaki..