Gambar Hiasan
Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar. Seorang
hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin
terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat
tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam
seperti mayat muslim yang lain. Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian
itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian
yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali
semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat
polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam
selepas ia ditanam. Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat
yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar
dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di
sebuah daerah di Kelantan. Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di
hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa. Allah tidak
akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan
terlebih dahulu. Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya
kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri. Cintai Allah, Cintai Islam.
Moral
cerita
Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina
atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi
Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa.
Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang
dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas
semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan
begitu. Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau
kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan
berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti
mayat orang Islam juga.
Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang
dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali
ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku
keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman. “Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w
mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta
disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan
tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.” Hadis direkodkan oleh Imam
Muslim Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia
tidak menyebabkan seseorang itu murtad.
Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan
iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya
adalah taubat, menambah ilmu dan amal. Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati
Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak.
Fikir-fikirkan.
Wallahu A’lam
Sumber: Bani Viral
geng wokyoh