Bagi masyarakat Melayu,
saka merujuk kepada adalah jin belaan atau pendamping yang diwarisi daripada
nenek moyang sama ada secara disedari atau pun tidak disedari. Apabila bercakap
dengan orang tua-tua, kebanyakan daripada mereka tahu apa itu saka. Saka
biasanya dibela oleh manusia untuk tujuan tertentu. Pada zaman dahulu,
masyarakat melayu gemar berdamping atau memelihara jin-jin untuk dijadikan
sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, melakukan
perubatan, persilatan dan sebagainya. Untuk makluman, saka adalah belaan
turun-temurun. Ini bermakna saka perlu diwariskan kepada orang lain sebelum
tuannya meninggal dunia. Tetapi bagaimana pula jika pewarisnya enggan menerima
saka tersebut? Sekiranya tidak mendapat tuan baru, pemilik saka biasanya sukar
mati atau sakanya membuat onar dengan mengganggu anak cucu dan jiran-jiran
pemilik lamanya.
Bercerita mengenai saka, seorang pengguna media sosial Twitter yang menggunakan nama Mr. H berkongsi kisah yang berlaku terhadap ibunya sendiri kerana enggan mewarisi saka dan bagaimana saka-saka ini mengganggu ibunya kerana enggan menerima mereka. Ikuti perkongsian dari Mr. H; Aku tahu saka (pusaka ghaib) itu adalah sesuatu yang nyata tetapi aku tidak pernah pula terfikir bahawa keluarga aku sendiri mempunyai saka tersebut. Tidak lama selepas kematian nenek, ibu aku selalu sahaja mengalami sakit-sakit badan. Sakit-sakit ini selalu datang dan pergi tetapi ia berlaku dengan kerap. Setiap kali ibu aku sakit, dia selalu cakap lebih kurang begini sambil merungut, “Barang nenek kau ni nak berdamping tapi aku tak nak”. Aku pula selalunya buat tak endah sahaja dengan sungutan ibu kerana aku ingat dia hanya overreacting kerana sakit. Sehinggalah pada satu hari, dia berkata, “Tutup pagar. Kat luar ada harimau”.

Ibu aku menceritakan
bahawa harimau itu adalah seekor harimau tua, perutnya jatuh ke tanah, badannya
berbelang coklat dan ia mahu masuk ke dalam rumah aku. Harimau itu kelaparan
dan mahukan makanan. Menurut ibu aku lagi, harimau itu adalah kepunyaan arwah
nenek yang diperoleh dari bapanya. Dan untuk pengetahuan pembaca
kisahseram.com, harimau itu hanyalah salah satu daripada saka yang dibela oleh
moyang aku. Arwah nenek adalah seorang tukang urut. Menurut ibu, nenek
mempunyai kebolehan istimewa. Contohnya beliau boleh memulihkan wanita yang
mandul dengan hanya satu urutan sahaja. Namun begitu, dia akan selalu
memberitahu pesakit-pesakitnya bahawa, “Penyembuhan bukan datang dari saya, ini
semua anugerah Allah. Saya cuma menolong saja”.
Okay sekarang kita kembali kepada saka. Sejak beberapa tahun lalu ibu aku selalu nampak makhluk-makhluk ghaib ini. Kadang-kadang buaya, kadang-kadang harimau yang dia nampak di luar rumah. Pernah suatu ketika itu, dia sedang menyidai baju di koridor apabila dia terdengar seseorang memanggil namanya, “Wati!”. Suara itu tak ubah seperti suara arwah nenek. Tapi sudah tentu ianya datang dari sesuatu yang jahat sebab kami tahu bahawa orang yang telah mati takkan dapat kembali lagi. Jadi ibu aku berpaling dan ternampak seorang wanita tua yang kotor dan berkemban tengah meminta makanan.
Wanita tua itu meminta benda-benda khusus seperti minyak tanah, daun opeh, buah pinang, sireh, kain batik lepas dan lain-lain lagi. Banyak cekadak pulak kan, dan dah tentulah ibu aku berkata tidak kepadanya. Saka itu boleh menjelmakan dirinya dalam pelbagai rupa bentuk. Salah satu contohnya ialah, ketika ibu berada di dapur dia akan ternampak dua orang budak di belakangnya. Kadang-kadang ketika hendak tidur dia boleh melihat bebola api berpusing-pusing di atasnya. Lebih menakutkan, kadang-kadang terdapat seorang lelaki yang tidak berbaju di sebelah katil ibu aku. Menurut ibu, benda-benda ini tidak mengganggunya.

Mereka cuma mahu ibu
menerima mereka dan membenarkan mereka untuk mempunyai tuan. Tapi yang ini
memang ibu lawan sekuat-kuatnya. Benda-benda ini selalu bercakap dengan ibu
apabila ibu keseorangan atau mengelamun. Itu sebabnya aku selalu tegur ibu
apabila ternampak dia bercakap seorang diri. Antara perkara menyeramkan yang
pernah benda ini cakap kat ibu aku adalah, “Nak ikut aku? Marilah ikut aku,
kita pergi tepi laut tenangkan fikiran”. Ada sekali tu, benda ini pernah
berkata kepada ibu, “Kau nak rehat? Marilah kita duduk kat atas bumbung, angin
sejuk kat atas tu mesti kau suka”. Mendengarkan itu, ibu aku menjerit balik
dengan berkata, “Kau nak aku terjun kan? Kau dah mati tu, kau mati je lah. Aku
nak hidup!!
Benda ni pernah terlalu
hampir dengan ibu aku sehingga ibu pernah meminta aku membelikan kain batik lepas
ketika aku berada di Jakarta, Indonesia. Ketika itu saya tengah membuat
penggambaran satu travelogue AirAsia. Mesej ibu aku berbunyi begini, “Beli kain
batik lepas dua helai. Tak nak corak binatang”. Tapi ini yang paling
menakutkan. Semenjak dua menjak ini, ibu aku tidak menceritakan benda ini
tetapi aku perasan sebab aku balik lambat ke rumah. Adalah dalam tiga kali aku
ternampak ibu aku berada di koridor macam tengah mencari sesuatu, masa itu
dalam pukul 2 pagi. Apabila aku bertanya, ibu menjawab, “Kau nampak Mbah tu?
Kesian dia lapar nak makan. Mbah tu cakap dia nak makan. Dia selalu tanya Mama,
kau pergi ke mana. Sebab itulah mama tunggu kau balik. Erm, rupa-rupanya ada
Mbah kat depan rumah aku. Siapa yang nak kasi Mbah tu makan dipersilakan datang
ke rumah. Nampaknya setakat itu saja yang boleh aku ceritakan kepada semua.
Sumber: kisahseram
Sumber: kisahseram