Tanah runtuh di Kilometer 4, Jalan Sumpitan-Ijok dekat
Gerik menyebabkan laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan sejak jam
4.20 petang tadi.
Runtuhan
tanah bersama lumpur dan pokok di kawasan berkenaan menyebabkan laluan jalan
raya terhalang.
Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Ismail Che Isa
berkata, setakat ini pihaknya mengesahkan tidak berlaku sebarang kemalangan
membabitkan pengguna.
“Runtuhan pada jam 4.20 petang tadi adalah kali kedua
berlaku selepas kali pertama pagi Ahad lalu.
“Setakat jam 9 malam tadi jalan ini masih ditutup buat
sementara dan kerja pemasangan papan tanda amaran serta pembersihan sedang giat
dilakukan pihak Jabatan Kerjaraya (JKR) dan konsesi Empayar Indera,” katanya
ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, pengguna boleh melalui jalan
alternatif lain untuk ke Ijok, Selama dan Taiping iaitu melalui Jalan
Lenggong-Kuala Kangsar.
“Pemantauan berterusan dilakukan sekumpulan anggota
kami dari Balai Polis Lenggong bagi memastikan keadaan di lokasi dan akan
membuat laporan terkini kepada pengguna jalan berkenaan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
geng wokyoh