INDIA - Seorang wanita memotong kemaluan suaminya
yang mabuk ketika lelaki itu cuba merogolnya di hadapan anak mereka akan
didakwa kerana cuba membunuh.
Wanita yang tidak didedahkan namanya itu dalam
keterangannya kepada polis berkata, suaminya, R. Ravinder, 40, pulang ke rumah
pada waktu tengah hari dalam keadaan mabuk dan mula merabanya.
"Dia mengaku telah mengambil pisau dapur lalu
memotong kemaluan suaminya," kata pegawai penyiasat di Sirisedu.
Ravinder kini dilaporkan berada di hospital dan
keadaannya semakin pulih. Tetapi media tempatan tidak melaporkan sama ada pakar
pembedahan berjaya menyambung semula kemaluannya atau sebaliknya.
Menurut ketua polis tempatan, "Insiden itu
berlaku apabila Ravinder meraba isterinya selepas pulang dalam keadaan mabuk.
Menurut jiran-jiran yang mengenali mereka berkata, pasangan berkenaan
seringkali bergaduh apabila Ravinder pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.
"Tidak tahan diperlakukan seperti itu, si
isteri kemudian mengambil pisau lalu memotong kemaluan suaminya. Kes disiasat
mengikut Seksyen 307 atas cubaan membunuh," katanya.
Bagaimanapun wanita terbabit menegaskan bahawa dia
tidak bersalah dan apa yang dilakukannya itu adalah tindakan untuk
mempertahankan diri. Malah katanya, suaminya seringkali melakukan gangguan
seksual (tanpa kerelaan) setiap kali lelaki itu mabuk.
Apabila lelaki itu cuba merogolnya di hadapan anak
mereka, dia menjadi marah dan ketakutan lalu menyebabkan dia terpaksa mengambil
tindakan untuk menghentikan perbuatan suaminya itu.