Wednesday, 29 November 2017

“Ingat Iphone 8 Kau Tu Mahal Sangat? DSLR Ni Aku Beli RM31,850 Tau…” – Jurugambar Selar Perangai Biadap Sesetengah Pengguna Iphone


Setiap kali hadir ke kenduri perkahwinan, antara perkara yang wajib dilakukan selain makan adalah bergambar bersama pengantin ketika di atas pelamin bagi tujuan kenang-kenangan.

Meskipun terdapat jurugambar bertugas di hari persandingan, tetapi kebiasaannya, ramai yang akan menggunakan telefon pintar mereka untuk mengambil gambar bersama-sama dengan pengantin ini dengan meminta jurugambar itu mengambil gambar mereka ini.

Namun ada kalanya, tanpa disedari, sikap sesetengah tetamu yang tidak berbahasa ketika meminta bantuan jurugambar boleh mengguris hati mereka. Berikut adalah luahan seorang jurugambar yang dikenali sebagai Abang JJ di Facebook beliau:

Saya rasa semua jurugambar merasai apa yang abang rasa. Apabila kita ambik gambar family. kenkawan dalam satu-satu majlis perkahwinan dan lain-lain. Kita akan menghadapi dilema yang mana penyakit ini tak boleh dibendung langsung… Iaitu kamera HP yang mana Photographer jadi sasaran untuk buat kerja yg tidak ada dalam kontrak.

Hari ini kesabaran Abgjj teruji apabila ada seorang yang suruh Abg shoot gambar dia bersama pengantin….dia kata Iphone 8 dia ni mahal baru beli katanya.. “pegang baik yer”!!… Lalu secara sopontan Abgjj jawab… “maaf dek Abg tak boleh lepaskan genggaman kamera ini”… yang Abg pegang seerat-eratnya kamera ini satu set ini harganya 31,850 ringgit.

Abg tak boleh pegang sebelah tangan.. takut-takut jatuh nanti… kau suruh budak yang itu ambik gambar kau…lalu terkedu dia..

Kalau nak suruh orang shoot dengan HP berbudi bahasalah.. tak payah cerita kamera kau Iphone 8 mahal ni pegang baik-baik yer..pui… kadang-kadang kita kene ajar juga orang yang sebegini. Jadi harapan Abgjj pada semua Photographer sama-samalah kita hadapinya dgn bijaksana…

sekian cebisan rasa Jurugambar lama….
 

Sumber: Oh Media