Kentut adalah suatu
lumrah kehidupan untuk semua manusia. Malah ada sesetengah orang yang kentut
lebih daripada sepuluh kali sehari.
Anda akan merasakan
satu nikmat yang susah untuk dibayangkan setelah anda melepaskan kentut yang
sangat kuat. Isunya sekarang ialah, situasi selepas kentut anda dilepaskan –
apabila kentut anda menghasilkan bau yang busuk dan dibiarkan “terapung” di
udara untuk di bau.
Menurut satu
kajian, menghidu kentut suami akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih
lama adalah tinggi. Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada
kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda
mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia.
Selain itu, kajian
baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga
membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria.
Kesimpulannya,
biarlah kentut anda keluar dengan sepuas-puasnya dan yang paling penting
sekali, jangan sesekali anda takut dan malu di samping isteri kerana pada
hakikatnya, ia dapat membantu menjaga kesihatan isteri anda.