Bangkok: Seekor gajah dianggap selebriti di Thailand
kerana beberapa kali dipaparkan dalam filem serta iklan tempatan membunuh
pemiliknya, kata pihak berkuasa zoo, semalam.
Nahas itu berlaku di Chiang Mai, utara Thailand,
sejurus selepas Somsak Riengngen membuka rantai gajah bernama Ekasit yang
pernah membintangi filem popular termasuk Ong Bak lakonan Tony Jaa.
Ekasit yang ketika itu tidak dikendalikan penjinak
tiba-tiba mengundur sebelum menyerang Somsak, 54.
Pemangku Pengarah Zoo Chiang Mai Wuthichai Muangman
berkata: “Gajah itu tiba-tiba membelit mangsa dengan belalainya.”
Katanya, gajah jantan berusia 32 tahun itu dalam
keadaan ‘musth’ iaitu peningkatan aktiviti seksual dan tahap agresif disebabkan
peningkatan testosteron menyebabkannya bertindak ganas.
Sumber: New Straits Times Press (M) Bhd
geng wokyoh