Mendapatkan tidur malam yang lena menjadi satu aspek yang cukup penting bagi mendapatkan mood segar dan tubuh sihat. Secara tidak langsung ia memberi lebih tenaga untuk menjalankan aktiviti sehari-hari.
Walau
bagaimana, semua itu bergantung kepada jenis pekerjaan yang anda lakukan
sebelum tidur termasuklah makanan yang diambil, minuman dan tahap meosi. Seeloknya,
amalkan beberapa perkara ini sebelum anda merangkak naik ke tempat tidur.
1. Lupakan Telefon Bimbit Seketika
Terdapat
beberapa kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan peralatan elektronik seperti
telefon bimbit atau menonton televisyen sebelum tidur dikatakan mampu menggangu
waktu tidur malam anda. Justeru, elakkan dari menggunakan apa juga teknologi
setidak-tidaknya satu jam sebelum melelapkan mata.
2. Mengambil Ubat Tertentu
Adakah
anda tahu bahawa sesetengan jenis ubatan hanya akan mengganggu kualiti tidur
anda. Sebagai contoh, ubat anti tekanan secara nyatanya memberi kesan yang kuat
terhadap tidur. Begitu juga dengan beberapa jenis ubat tahan sakit yang
membuatkan perut berasa tidak selesa sehingga membuatkan anda susah melelapkan
mata.
3. Minum Kopi
Mungkin
masih ramai yang belum sedar bahawa kopi mengandungi 80 hingga 120 miligram
kafein bagi setiap cawan. Namun, tidak mustahil sekiranya ramai di antara kita
sedia maklum bahawa minuman ini perlu dielakkan terutamanya sebelum waktu
tidur. Ini kerana, kafein yang masuk ke tubuh mampu bertahan sehingga 12 jam
sekali gus membuatkan tubuh sentiasa berasa segar dan bertenaga.
4. Jauhi Teh
Walaupun
telah menjauhi kopi, tidak bermakna anda bebas daripada sumber kafein lain. Terdapat
satu jenis minuman yang mempunyai penggemarnya yang tersendiri iaitu teh. Mungkin
ada teh yang bebas dari kafein seperti chamomile dan peppermint namun teh hitam,
hijau dan putih mengandungi bahan perangsang.
5. Mengambil Coklat
Selain
kopi dan teh, coklat gelap juga mempunyai paras kafein yang tinggi. Ini disebabkan
kandungan koko yang banyak di dalamnya termasuklah sejenis bahan yang dikenali
sebagai theobromine. Ia dipercayai berfungsi sebagai perangsang malah terbukti berupaya
meningkatkan denyutan jantung sekali gus menyukarkan untuk tidur pada waktu
malam.
6. Singkirkan Tekanan
Seeloknya,
3 minit sebelum tidur cuba lapang dan tenangkan fikiran. Lupakan apa sahaja
masalah yang menyesakkan pemikiran anda. Selepas itu, fokus pada aktiviti yang
membuatkan anda berasa lebih relaks seperti membaca komik, majalah dan
sebagainya.
geng wokyoh