Ramai sayu bila baca surat wasiat yang
ditemui doktor dalam beg tangan seorang warga emas yang meninggal dunia di
hospital. Kasih ibu. Al Fatihah. Baca selanjutnya…
DAH 2 HARI MENINGGAL DUNIA BARU ORANG
RAMAI TAHU
Surat wasiat yang viral semalam sehingga
meruntun jiwa sesiapa membacanya ditulis wanita warga emas, 71, yang meninggal
dunia Selasa lalu.
Lebih memilukan, sudah dua hari dia
meninggal dunia, tetapi anaknya, orang kurang upaya (OKU) bisu, Imran, 53,
tidak mengetahuinya dan hanya memaklumkan kepada penduduk kampung, ibunya sakit
pada Khamis lalu.
Penduduk yang dimaklumkan perkara itu ke
rumah arwah sebelum mendapati wanita terbabit sudah meninggal dunia.
SEMPAT MENULIS WASIAT TERAKHIR
Sebelum meninggal dunia, warga emas
tersebut yang menetap di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Kangar 1, di sini,
sempat menulis surat wasiat memohon pertolongan sesiapa saja yang membaca
suratnya itu untuk menguruskan jenazahnya seandainya dia meninggal dunia. Ini
kerana, anaknya itu tidak mampu berbuat demikian. Arwah juga meminta supaya
wajahnya ditunjukkan kepada anaknya selepas dikafankan supaya anaknya tahu dia
sudah tiada.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) Indera Kayangan Zulkefli Mokhtar, 52, berkata, surat terbabit
ditemui di dalam beg tangan kepunyaan arwah ketika pihak petugas hospital ingin
mencari dokumen pengenalan diri arwah.
IANYA MEMANG TULISAN WARGA EMAS TERSEBUT
“Memang wasiat itu adalah tulisan tangan
arwah mak cik Bibi.
“Awal tahun ini, arwah ada memanggil
saya dan berbincang mengenai masa depan anaknya serta bagaimana hendak
menguruskan jenazahnya seandainya dia tiada kelak.
“Dia bimbang anaknya mungkin tidak tahu
untuk menguruskan jenazahnya dan berharap jiran tetangga dapat membantu,”
katanya.
Menurutnya, mereka juga pada mulanya
tidak mengetahui kewujudan surat itu namun percaya arwah sering membawanya di
dalam beg tangan.
Arwah selamat dikebumikan di Tanah
Perkuburan Tok Paduka Khamis lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar
Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian
itu dan hasil bedah siasat mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung.
Menurutnya, siasatan awal mendapati Bibi
Meherniga meninggal dunia pada Selasa lalu sebelum mayatnya ditemui penduduk
kampung pada Khamis lalu di dalam rumah dan kes diklasifikasikan sebagai
kematian mengejut (SDR).
Dalam pada itu, difahamkan, Imran yang
bekerja sebagai pembantu di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Jalan Pegawai, di
sini, kini tinggal bersendirian.
Sumber: Cite Malaya
geng wokyoh