Friday, 3 November 2017

Dibunuh Akibat Marah Anak Orang


 
KLANG – Punca kematian seorang wanita warga Indonesia yang ditemui terlentang di atas katil tanpa pakaian terungkai selepas polis menahan tiga individu secara berasingan.
Tangkapan dibuat bermula jam 12.30 tengah malam, semalam di Seremban 2, Negeri Sembilan, Pelabuhan Klang, Selangor dan Temerloh, Pahang, lapor Sinar.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek pertama iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam di sebuah pondok pengawal di sebuah pasar raya di Seremban 2, Negeri Sembilan.
Menurutnya, suspek kedua yang juga seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan disebuah rumah di Jalan Chungah Pelabuhan Klang, kira-kira jam 3 pagi sebelum penahanan suspek ketiga di sebuah rumah di Kampung Pian, Temerloh, Pahang kira-kira 8 pagi.

“Dalam serbuan ini, beberapa barang telah dirampas antaranya telefon bimbit dan kasut. Pemeriksaan rekod mendapati dua suspek lelaki ini masing-masing memiliki tiga dan empat rekod jenayah lampau.

“Kesemua mereka ini direman sehingga Khamis depan untuk siasatan,” katanya.
Beliau berkata, soal siasat mendapati punca kejadian dipercayai berpunca apabila suspek pertama berang dengan mangsa kerana memarahi anak teman wanitanya yang juga merupakan suspek ketiga.

Katanya, suspek kedua bagaimanapun tidak mengaku terlibat dalam kes yang disiasat itu dan mendakwa hanya berkenalan dengan suspek pertama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.33 petang, mayat mangsa yang berusia 43 tahun, ditemui di biliknya di Jalan Kem, Pelabuhan Klang dalam keadaan terlentang tanpa berpakaian selain kesan jerut di leher menggunakan tali kasut.

Sumber: Sinar Harian


Load disqus comments

0 comments