Gara-gara
cemburu dengan madunya, seorang wanita telah membakar rumah isteri kedua
suaminya itu hingga menyebabkan anak tirinya yang berusia tiga tahun terbunuh
manakala madunya pula berada dalam keadaan kritikal.
Suspek,
Herstati, 48, telah membakar rumah Salijah, 42, di Sulawesi Tenggara. Herstati
marah kerana suaminya, Amir yang berusia 60 tahun, lebih banyak menghabiskan
masa di rumah isteri kedua.
Sebelum
kejadian itu, kedua-duanya telah bertengkar dan tanpa berfikir panjang,
Herstati telah mengambil minyak tanah yang sedia ada dalam kereta lalu
menyimbah rumah madunya itu dengan minyak tanah.
Pada
masa yang sama, Salijah dan anaknya telah masuk ke dalam bilik dan mengunci
pintu rumah.
Menurut
polis, selepas membakar rumah itu, Herstati melarikan diri ke rumah anaknya
yang berada di kawasan berhampiran.
“Mangsa
bersama anaknya telah dikejarkan ke hospital namun kanak-kanak itu meninggal
dunia disebabkan keadaan yang parah.
“Manakala
suspek mengakui perbuatannya melakukan penganiayaan itu hingga mengakibatkan
seorang kanak-kanak terkorban. Kita masih belum mendapatkan keterangan daripada
madu wanita itu kerana keadaannya yang masih kritikal,” kata polis.
Jika
sabit kesalahan, Herstati berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun.
Sumber:
Suara TV