Sukan lasak ATV di Bukit
Besi penuh cabaran.
Sukan lasak All Terrain
Vehicle (ATV) yang baru dibuka di Bukit Besi Rainforest Endurance Park (BBREP)
Dungun menawarkan pengalaman baru kepada penggemar sukan ekstrem yang
menguji ketahanan mental dan fizikal terutama ketika melalui kawasan mencabar.
Pengalaman penulis
Terengganu Times yang mencuba permainan itu amat menyeronokkan dan sangat
mencabar melalui trek sepanjang 5 kilometer yang cukup lengkap dengan jalan
naik dan turun bukit serta meredah laluan sukar yang penuh lumpur memberi
cabaran untuk melepasinya.
Selain trek 5 km, BBREP
juga menyediakan trek 25 kilometer yang lebih mencabar adrenalin pengunjung dan
mengambil masa sehingga empat jam untuk dihabiskan.
Selain sebagai kegiatan
riadah, aktiviti ini juga membantu meningkatkan keyakinan diri dan memberikan
kepuasan sebenar kepada pemandu yang berjaya mengawal serta mengendalikan
kenderaan tersebut dengan baik.
Beberapa orang urusetia
akan turut serta bersama pengunjung ketika menunggang ATV untuk memastikan
keselamatan mereka sepanjang berada di trek.
Sementara itu bagi
Pengarah Urusan Alam Perkasa Technology Mohamad Ngah selaku pemilik memberitahu
Bukit Besi Rainforest Endurance Park berpotensi untuk dibangunkan sebagai
lokasi eko-pelancongan yang menjadi pusat sukan lasak di daerah Dungun dan negeri
Terengganu.
Menurut beliau sambutan
untuk sukan ATV yang diterima daripada pengunjung amat menggalakkan dan
tempahan untuk hari hujung minggu sentiasa penuh walaupun baru beroperasi sejak
sebulan lalu.
Bayaran yang dikenakan
kepada peserta menaiki ATV untuk laluan 5 kilometer hanya RM50 di mana ia
adalah kadar terendah di negara ini dan pengunjung akan merasai pemanduan ATV
yang adventur selain menghayati keindahan alam sekitar yang terdapat di BBREP.
Tambahnya, beberapa
kejohanan yang akan dianjurkan untuk memeriahkan BBREP pada tahun depan dan
pihaknya sedang berbincang dengan beberapa pengusaha homestay untuk mewujudkan
pakej pertandingan bersama penginapan bagi memudahkan peserta untuk bermalam.
Selain ATV, beberapa
sukan lain turut disediakan di BBREP seperti sukan kuda lasak, marathon,
motocross, basikal moutain bike dan mature hiking.
‘Sambutan terhadap sukan
lasak ATV amat menggalakkan dan sentiasa penuh pada hari minggu dengan
pengunjung datang dari Dungun dan Kuala Terengganu dan ia mula dapat perhatian
pengunjung dari luar Terengganu termasuk dari Kuala Lumpur’. Pengarah Urusan Alam Perkasa Technology
Mohamad Ngah.
‘Sekarang ada ATV yang
mempunyai pakej lima kilometer dan 25 kilometer, Moutain bike dan insyaallah
trek khas untuk motorcross lima kilometer akan siap pada minggu depan selain
trek 31 kilometer yang sedia ada’.
‘Usaha penganjur untuk
menyediakan pakej pertandingan bersama penginapan dan kami telah berbincang
dengan pengusaha homestay supaya memudahkan pengunjung serta ia juga dapat
membantu meningkatkan pendapatan pengusaha homestay dan pemilik kedai makan di
sekitar Bukit Besi’.
‘Kita cadangkan buat
kejohanan ATV pada setiap bulan dan pada akhir tahun akan dibuat pertandingan
kejuaraan ATV yang akan menghimpunkan peserta yang meraih banyak mata dan
penganjuran sukan ini bakal menarik minat penaja besar seperti red bull dan
petronas’.
‘Pada 17 Februari depan
kita akan anjurkan mountain bike jamboree yang mensasarkan seramai 1000 peserta
dari dalam dan luar Terengganu’, katanya selepas bersama wakil media yang
diberi peluang mencuba menaiki ATV di Bukit Besi Rainforest Endurance Park
semalam. Hadir sama Adun Bukit Besi YB Roslee Daud.
Sumber:
Terengganu Times