Gambar Hiasan
Seorang anggota polis hari ini ditahan kerana kantoi
berdua-duaan dengan wanita dalam satu rumah dipercayai mempunyai hubungan
sulit. Suami wanita itu menangkapnya ketika dia bersama dengan seorang
polis lelaki di sebuah rumah di Sri Petaling, Kuala Lumpur, pukul 5 petang,
pada Ahad.
Laporan itu memetik sumber berkata, suami wanita itu
yang juga seorang anggota polis sudah mengesyaki kecurangan isterinya dan
bertindak untuk mengekori wanita itu.
“Dia mengikuti isterinya ke Jalan Sungai Besi pada
pukul tiga petang hari kejadian. Dia melihat isterinya berjumpa lelaki itu
sebelum mereka kembali ke rumahnya di Sri Petaling.
“Cubaan lelaki itu untuk membuka pintu gagal kerana
isterinya sudah menukar kunci lalu dia mengumpil pintu itu.
“Lelaki itu terkejut melihat isterinya dalam keadaan
separuh bogel dengan kekasih gelapnya,” ujar sumber itu lagi.
Lelaki itu dikatakan mengambil gambar dua pasangan
itu sebelum bertindak membuat laporan polis.
Tambahnya lagi, lelaki itu juga berharap pihak
atasan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap dua anggota polis itu.
Silakan Share, Like & Follow Wokyoh tv.
geng wokyoh