BOTA, PERAK - Seorang lelaki berusia 20
tahun ditahan polis selepas dipercayai meliwat adik perempuannya berusia tujuh
tahun di sebuah rumah di Bota Kiri, Seri Iskandar, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah,
Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, ibu mangsa membuat laporan
bahawa anak perempuannya memberitahu abangnya telah memasukkan kemaluan di
dalam duburnya.
Suspek dipercayai telah memanggil mangsa
masuk ke dalam bilik air sebelum membuka seluarnya dan melakukan perbuatan
terkutuk itu sebelum kejadian itu diketahui bapa mereka.
Ketika kejadian Sabtu lalu, ibu mereka
dipercayai keluar bekerja dan meninggalkan mangsa bersama abangnya di rumah.
"Kejadian itu diketahui selepas
mangsa dipercayai menceritakan perkara itu kepada seorang lagi adik
perempuannya sebelum perbualan itu didengari oleh bapa mereka.
"Mangsa kini berada dalam keadaan
trauma dan tidak mahu bercakap, manakala suspek sudah direman bermula Selasa
lalu sehingga Isnin depan," katanya.
Siasatan lanjut masih dijalankan
mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
Sumber asal : The Reporter