Percayalah sebab sikap suami pun si dia boleh minta
bercerai sebab kadang lelaki tak sedar yang perbuatan mereka dibenci dan
perlahan-lahan akan jadi musuh isteri. Kebanyakan suami selalu menyalahkan
isteri apabila isteri kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya.
Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap isteri yang dikatakan mengada-ngada,
itu menjadi punca pertengkaran.
Cuba anda semak kalau ada 9 sikap ini dalam diri, anda
kenalah ubah. Buang terus pun lagi ok.
1.
Suka tunjuk baran
Pantang silap sikit, terus nak maki. Lagi parah,
kaki tangan cepat nak tampar atau mencekik leher isteri nak tunjuk dia
berkuasa. Kalau dah selalu hadap, wanita akan jadi trauma dan benci dengan lelaki.
Tapi ada juga yang sanggup bertahan, terpaksalah berendam air mata dan
membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan
tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan!
2.
Semua tak boleh
Kontrol sudut yang betul tak apa, ini kalau nak
keluar dengan kawan-kawan perempuan sesekali pun kena marah. Kalau cakap
elok-elok tak apa. Yang tak adil, kalau dia keluar melepak malam-malam sampai
ke pagi, isteri tanya lebih terus dicop ‘queen control’. Aduhaaaiii… tolonglah
saling memahami dalam dunia masing-masing. Mungkin cemburu, tapi jangan sampai
seksa isteri, ya.
3.
Buat salah, tidak pernah meminta maaf
Kalau gaduh, wanita selalu dipersalahkan. Kadang
marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri nak tunggu
isteri pujuk. Sesekali boleh, tapi jangan sampai perempuan merajuk dan keluar
ego dia pula.
4.
Suka Cuci mata
Tak semua tapi ada yang jenis isteri dah cantik,
mata masih lagi suka pandang wanita lain. Bayangkan kalau berjalan sebelah
dengan anak isteri pun mata sempat ‘cuci mata’ tengok perempuan lain. Eh, ada
ke isteri tak kisah bab ini?
5. Lebih pentingkan kawan – kawan.
Sanggup membatalkan perjanjian keluar dengan isteri
semata nak menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Ya,
ada lelaki terlalu pentingkan kawan-kawan dalam segala hal. Merana juga kalau
sampai terabai anak bini.
6. Tidak
tahu menghargai
Penat isteri memasak, langsung suami tak sentuh.
Haruslah sedih, terus hilang semangat wanita nak bahagiakan lelaki. Cubalah
ambil hati wanita sikit, walau tak ikhlas.
7.
Cakap tengking atau tinggi suara
Ada suara yang macho sekali pun, tak payah nak
tinggikan suara depan orang ramai. Atau mungkin depan mak ayah isteri. Ini
antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun
pasangannya tidak bersalah.
Kalau isteri meninggikan suara sikit, mulalah kata
isteri dah pandai melawan. Tapi kalau dah selalu sangat suami guna nada tinggi,
mana wanita tak buat perangai!
8.
Asyik bagi alasan dan tipu
Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini,
lama-kelamaan akan membuatkan isteri cepat meluat dan benci. Lelaki akan kerap
menipu sekiranya dia ada bermain kayu tiga. Oppss…
9.
Kurang bercakap dan bergurau
Jangan fikir bila dah kahwin, anda tak perlu tanya
khabar. Isteri cepat bosan, jadi cubalah caring lebih untuk jaga perasaan dia.
Apa salahnya hantar mesej sekali sehari tanya khabar walau sibuk dengan urusan
kerja. Sekarang ni lagi canggih, WhatsApp dan Facebook pun boleh. Dan curilah
peluang bergurau senda, bukan kena bayar pun.