Ketua
Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata kesemua tidak dapat turun kerana
laluan kereta api dan trek untuk kenderaan ditutup berikutan kejadian tanah
runtuh di kawasan itu.
“Mereka
terperangkap sejak Sabtu lepas setelah hujan lebat dan angin kuat menyebabkan
beberapa kawasan di Bukit Bendera berlaku tanah runtuh,” katanya hari ini.
Beliau
berkata ketika ini pasukan penyelamat terdiri daripada bomba Pulau Pinang,
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan
polis, dibantu Perbadanan Bukit Bendera yang sedang cuba membawa turun mangsa.
“Kami
sedang cuba membawa mereka turun, berjalan kaki kerana semua akses kenderaan
ditutup akibat tanah runtuh dan pihak ATM juga akan membuat pemantauan dengan
helikopter bagi meninjau dari udara,” katanya.
Anuar
berkata pihak ATM akan membantu membawa turun semua mangsa menggunakan
helikopter sekiranya misi berjalan kaki gagal.
“Kami
sentiasa berhubung dengan mangsa di atas Bukit Bendera dan ketika ini mereka
semua dalam keadaan baik serta bekalan makanan masih mencukupi. Kami harap
dapat membawa turun mangsa hari ini,” katanya.
Beliau
berkata operasi menyelamat bermula 10.00 pagi ini dan difahamkan ia mengambil
masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk pasukan penyelamat berjalan sampai ke
kawasan atas Bukit Bendera.
Hampir
keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa
kawasan ditenggelami air antara 0.2 hingga 1 meter, diikuti angin kencang dan
hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.
Hingga
kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut 7
nyawa.
Sumber: Bernama
Sumber: Bernama