WANITA YANG HARAM DIKAHWINI
HARAM SELAMA-LAMANYA (TAHRIM MUABBAD)
Seorang
wanita haram dikahwini untuk selama-lamanya kerana:
a)
Keturunan
i.
Ibu
ii.
Anak perempuan
iii.
Saudara perempuan
iv.
Anak saudara perempuan
dari saudara lelaki
v.
Anak saudara perempuan
dari saudara perempuan
vi.
Ibu saudara dari
sebelah bapa
vii.
Ibu saudara dari
sebelah ibu
b)
Susuan
(Radhaáh)
i.
Ibu susuan, termasuk ibu
dari ibu yang menyusukan, ibu dari suami ibu yang menyusukan dan seterusnya ke
atas
ii.
Anak perempuan dari ibu
yang menyusukan
iii.
Anak perempuan dari ibu
suami yang menyusukan
iv.
Saudara-saudara
perempuan susuan
v.
Anak-anak dari saudara
lelaki susuan, termasuk juga anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki ibu
susuan dan suami ibu susuan
vi.
Saudara-saudara
perempuan dari ibu yang menyusukan
vii.
Saudara-saudara perempuan
dai suami ibu yang menyusukan
c)
Mushaharah
(persemendaan)
i.
Bekas isteri ayah
ii.
Bekas isteri anak,
bekas isteri cucu lelaki dan seterusnya kebawah
iii.
Anak tiri, ialah
anak-anak dari isteri yang telah disetubuhi. Apabila isteri belum disetubuhi,
maka anak tiri tersebut halal dinikahi.
iv.
Ibu isteri-isteri
(mertua)
HARAM SEMENTARA WAKTU (TAHRIM MUAQQAT)
Haram
sementara waktu bermaksud larangan berkahwin dengan seorang wanita untuk waktu
tertentu sahaja, kerana ada sebab yang mengharamkannya. Apabila sebab-sebab itu
hilang, maka perkahwinan boleh dilakukan. Termasuk mereka yang haram berkahwin
untuk sementara waktu ialah :
a)
Mengumpulkan dua orang
wanita yang ada hubungan muhrim.
i.
Saudara perempuan
isteri, samaada kakak atau adik perempuannya
ii.
Emak saudara isteri sebelah
bapa atau sebelah ibu
iii.
Anak saudara perempuan
isteri
b)
Wanita yang berlainan
agama
Harus
berkawin setelah memeluk islam
c)
Wanita yang masih
terikat dengan hak orang lain (wanita bersuami)
d)
Wanita-wanita yang
sedang menjalani ‘iddah talak raj’i
e)
Wanita yang dicerai
dengan talak tiga
Haram
dikahwini oleh bekas suaminya kecuali setelah wanita itu berkahwin lain dan
telah bercerai dengan suami barunya serta telah habis tempoh ‘iddahnya