Sejarah: Nama "Kelantan" dikatakan
pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi
pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa
namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam
tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah
Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti
Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.
19 Tempat Menarik Di Kelantan
1. PANTAI IRAMA
Pantai ini
dianggap sebagai pantai yang tercantik di Kelantan kerana keindahan air lautnya
yang jernih kebiruan. Diberikan nama Pantai Irama kerana bunyi tiupan angin
yang menenangkan jiwa yang dihasilkan pantai ini. Untuk pengetahuan anda,
pantai ini selalu dijadikan tempat keramaian untuk penduduk tempatan. Anda
boleh bermain sukan air atau mengajak keluarga anda beramai-ramai untuk membuat
bbq di sini.
Anda juga boleh
singgah ke KFC yang terletak betul-betul di tepi Pantai Irama ini.
Setiap malam Jumaat pula terdapat pasar malam yang terletak di depan masjid
berdekatan pantai untuk membeli makanan masyarakat tempatan ataupun kudapan
untuk dimakan sambil menikmati pemandangan pantai.
Alamat: Bachok,
16300, Kelantan
2. Wakaf Che Yeh
Ada dua konsep
perniagaan di Wakaf Che Yah ni, pada waktu siang Wakaf Che Yah adalah pasar
borong yang menawarkan pelbagai barangan asas dan basah, bila menjelang malam
pula, ia menjadi pasar malam yang penuh dengan pelbagai jenis barangan terutama
sekali pakaian seperti kain pasang dan tudung. Barangan-barangan lain yang
dijual di sini adalah seperti jersi bola sepak, jam tangan replika, tuala,
kasut bundle, toto dan banyak lagi. Hati-hati kalau datang ke sini, sedar tak
sedar, boleh licin duit poket.
Alamat: Wakaf Che
Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan
3. Pantai Cahaya Bulan
Sebuah lokasi
pelancongan yang perlu dilawati sekiranya ke Kelantan. Sangat seronok untuk
bersiar-siar bersama keluaga di waktu petang sambil menikmati pemandangan
matahari terbenam. Lagi syok kalau anda melepak di pantai sambil menikmati
jagung rebus yang banyak dijual sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke pantai
ini. Dah puas makan jagung, boleh rasa ‘colek’ atau air kelapa yang dijual di
tepi pantai pula, baru terasa nikmat bersantai di tepi pantai yang indah ni.
Anak-anak juga boleh bermain layang-layang yang turut dijual di sini. Kemudahan
seperti surau dan tandas awam tersedia untuk orang kegunaan orang ramai.
Alamat: Banggol, 15350
Kota Bharu, Kelantan
4. Muzium Adat Istiadat
Kalau teringin
nak berkahwin dengan orang Kelantan, apa kata anda singgah ke sini dulu,
sekurang-kurangnya dapatlah anda tahu sedikit sebanyak tentang adat dan sejarah
masyarakat Kelantan, baru sejuk hati ibu dan ayah mertua, tak gitu?
Muzium Adat Istiadat ini terletak di Istana Jahar yang siap dibina pada tahun 1887, ia juga merupakan tempat bersemayamnya Al-Marhum Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad ke IV (1920 – 1944). Di sini anda dapat melihat pameran adat DiRaja seperti adat pijak tanah, pertunangan, perkahwinan dan lain-lain. Kalau anda berjalan sehingga ke bahagian belakang istana pula terdapat Balai Senjata yang mana anda dapat melihat senjata-senjata lama yang digunakan di Negeri Kelantan macam kelewang, badik, keris dan lembing.
Muzium Adat Istiadat ini terletak di Istana Jahar yang siap dibina pada tahun 1887, ia juga merupakan tempat bersemayamnya Al-Marhum Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad ke IV (1920 – 1944). Di sini anda dapat melihat pameran adat DiRaja seperti adat pijak tanah, pertunangan, perkahwinan dan lain-lain. Kalau anda berjalan sehingga ke bahagian belakang istana pula terdapat Balai Senjata yang mana anda dapat melihat senjata-senjata lama yang digunakan di Negeri Kelantan macam kelewang, badik, keris dan lembing.
Waktu Operasi: Setiap
hari kecuali Khamis (9.00am – 4.30pm) | Khamis (9.00am – 3.30pm)
Bayaran Masuk: RM2.00
Alamat: Jalan
Sultan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
5. Pantai Bisikan Bayu
Nama lain bagi
pantai ini ialah Pantai Dalam Rhu, jarak antara pantai ini dari ibu negeri
Kelantan, Kota Bharu adalah dalam 50 km. Di sepanjang pantai ini terdapat pohon
cemara yang apabila ditiup bayu pantai menghasilkan bunyi yang menenangkan
perasaan. Memang syok untuk anda menikmatinya sendiri sambil minum air kelapa,
nak berkelah atau berkhemah, buatlah yang mana anda suka, yang penting anda dan
keluarga dapat berseronok.
Untuk
beraktiviti pula, kalau anda sukakan aktiviti ekstrem, pada musim-musim
tertentu seperti musim Monsun Utara-Timur pada bulan November-April, anda boleh
mengambil bahagian dalam aktiviti meluncur angin.
Alamat: Pasir
Putih, Kelantan, 16800, Pasir Puteh, Kelantan
6. Pantai Sri Tujuh
Dinamakan Sri
Tujuh kerana pantai ini memiliki 7 buah teluk. Terletak berdekatan dengan
Stesen Keretapi Tumpat, sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur, anda boleh
menaiki kereta api dengan bayaran sebanyak RM32. Setibanya di sini nanti anda
boleh menginap di resort terapung, Resort Sri Tujuh yang lengkap dengan
pelbagai kemudahan seperti tempat bermain futsal, golf dan kolam mandi.
Sebenarnya lebih baik mandi di kolam yang disediakan resort kerana ombak pantai
ini agak kuat.
Antara aktiviti
lain yang anda boleh lakukan sewaktu di pantai ini adalah seperti memancing
ikan dan berkhemah.Kalau anda nak bersantai di gerai-gerai makanan di tepi
pantai ini pun seronok juga sambil bertemankan bayu laut dan pemandangan indah.
Alamat: Pantai
Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan
7. Muzium Diraja Istana Batu
Dibina pada
tahun 1939 oleh Sultan Ismail I untuk dihadiahkan kepada anak saudaranya Yahya
Petra sempena perkahwinannya dengan Raja Perempuan Zainab II. Digunakan sebagai
tempat bersemayan Sultan Yahya Petra sehingga tahun 1960. Muzium Diraja Istana Batu ini
merupakan destinasi yang perlu dilawati untuk mempelajari lebih banyak lagi
tentang keluarga DiRaja negeri Kelantan dan bagaimana suasana di dalam istana
yang pernah menjadi tempat kediaman kerabat DiRaja pada zaman dahulu.
Terletak tidak
jauh dari muzium ini adalah Masjid Muhammadi Masjid Negeri dan Istana Balai
Besar Kampung Kraftangan.
Waktu Operasi: Setiap
hari kecuali Jumaat 8.30am – 4.45pm
Bayaran Masuk: Kanak-kanak
RM0.50 | Dewasa RM1.00 | Pelancong Asing RM2.00
Alamat: Jalan
Tengku Puteri, 15300, Kota Bharu, Kelantan
8. Pantai Tok Bali
Asal-usul nama
Tok Bali ini memiliki kisah di sebaliknya, sahih atau tidak, tak dapat
dipastikan, tapi mengikut kepercayaan ramai masyarakat setempat, nama Tok Bali
ini berasal daripada nama seorang nelayan dari Bali yang terdampar di pesisiran
pantai ini pada suatu ketika dahulu kerana perahunya karam. Nelayan itu tinggal
di sini buat beberapa tahun sebelum pulang ke negeri asalnya.
Sekiranya anda
datang ke destinasi menarik ini dari
Kota Bharu, masa yang diambil adalah sekitar 45 minit. Pantai ini merupakan
tempat di mana para nelayan menurunkan ikan, sotong dan udang yang segar hasil
tangkapan mereka. Untuk anda yang suka memancing, apa kata kalau anda menyewa
bot persendirian sekiranya datang ke sini, dapatlah anda rasa pengalaman memancing
di tengah laut. Kalau tak berani nak ke tengah laut, berkelah di tepi pantai
pun sudah memadai untuk menikmati keindahan pantai ini.
Alamat: Tok Bali,
16700, Pasir Puteh, Kelantan
9. Muzium Perang Bank Kerapu
Dibina pada
tahun 1912 dan menjadi bangunan memorial mulai tahun 1992. Bangunan memorial
ini dipenuhi dengan artifak dan gambar-gambar untuk memperingati Peperangan
Dunia Kedua yang mana peperangan ini telah memberi kesan yang besar kepada
negeri Kelantan kerana di sinilah bermulanya Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu
iaitu pada 8 Disember 1941 di Kuala Pak Amat Kota Bharu.
Pada asalnya,
bangunan ini digunakan sebagai bank perdagangan dan digelar Kerapu disebabkan
keadaan dindingnya yang menggerutu. Namun, semasa kedatangan Jepun pada tahun
1941 sehingga 1945 bangunan ini menjadi ibu pejabat kempetai Jepun dan selepas
peperangan bangunan ini diubah menjadi bank semula.
Waktu Operasi: Setiap
hari kecuali Jumaat (8.30am – 4.45pm)
Bayaran Masuk: Warganegara
RM1.00 | Bukan Warganegara RM2.00
Alamat: Jalan
Pejabat Pos Lama, 15300, Kota Bharu, Kelantan
10. Gelanggang Seni
Terdapat
pelbagai aktiviti budaya yang dipamerkan di Gelanggang ini seperti wayang
kulit, pembuatan wau, silat, permainan gasing, Rebana dan lain-lain lagi.
Apalah gunanya kalau datang bercuti ke Kelantan tanpa melihat sendiri
kekayaan budaya tradisional Kelantan ni. Kalau anda nak tahu lebih lanjut
lagi tentang butir-butir aktiviti yang dijalankan di Gelanggang Seni, anda
boleh mendapatkan maklumat dari pusat pelancongan.
Waktu Operasi: Setiap
hari kecuali Jumaat dan Sabtu (8.00am – 5.00pm)
Alamat: Jalan
Mahmood, 15200, Kota Bharu, Kelantan
11. Muzium Islam
Muzium yang
berbentuk seperti masjid ini terletak di ibu negeri Kelantan, Kota Bharu,
muzium ini juga berdekatan dengan lokasi bersejarah iaitu Bank Kerapu. Anda
boleh membawa anak-anak ke sini untuk mempelajari lebih banyak lagi tentang
asal-usul agama Islam di tanah Kelantan. Terdapat banyak dokumen-dokumen dan
artifak-artifak yang bersejarah yang menjadi bukti pengaruh agama Islam
sehinggakan Kelantan mendapat gelaran sebagai Serambi Mekah. Di muzium
ini anda dapat melihat pameran tentang tokoh-tokoh agama Islam, mufti-mufti
negeri ini, seni-seni Islam dan lain-lain lagi.
Waktu Operasi: Setiap
hari kecuali Jumaat (8.30am – 4.45pm)
Alamat: Jalan
Masjid, Kota Bharu, Kelantan
12. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail
Nama lain bagi
masjid ini adalah Masjid Beijing kerana senibinanya yang menyerupai masjid
bersejarah, Masjid Niujie yang terletak di Beijing, China yang berusia lebih
daripada 1000 tahun. Bumbung masjid ini berbentuk melengkung dan menaranya pula
seperti memiliki serban yang dililit dengan unik.
Dibina pada
tahun 2005 dan dirasmikan pada tahun 2009. Mempunyai dua tingkat dengan tingkat
yang pertama untuk kegunaan awam seperti dewan makan, klinik, dewan serbaguna
dan perpustakaan masjid. Tingkat yang kedua pula adalah ruangan sembahyang.
Alamat: Jalan
Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
13. Masjid Muhammadi
Masjid yang
begitu penting di Kelantan ini telah dibina pada tahun 1867 dengan hanya
menggunakan kayu-kayu yang terbaik namun diubah kepada konkrit pada tahun
1922. Masjid Muhammadi ini dapat
menampung 2400 orang jemaah pada satu-satu masa. Dianggap sebagai masjid yang
memainkan peranan yang sangat penting kerana di sinilah tempat di mana ramai
ulama-ulama besar Kelantan pernah mengajar seperti Haji Wan Ali Kutan, Tuan
Taba dan Tok Kenali.
Kerana
kemahsyuran masjid ini sebagai tempat penyebaran ilmu agama di Nusantara,
Kelantan mula terkenal sebagai Serambi Mekah.
Alamat: Jalan
Sultanah Zainab, 15000, Kota Bharu, Kelantan
14. Kota Sultan Ismail Petra
Kota ini adalah
tempat tarikan pelancongan yang terkenal di negeri Kelantan. Kalau tak ke sini,
tak lengkaplah perjalanan anda di Kelantan, sebabnya, di sinilah terletaknya
banyak sekali monumen-monumen yang bersejarah seperti Istana Jahar, Bank
Kerapu, Bank Pitis dan Istana Balai Besar. Anda boleh berjalan kaki di sekitar
kota ini untuk melawat kesemua lokasi-lokasi bersejarah di sini.
Sebaik anda
masuk ke Kota Sultan Ismail Petra, anda akan disambut oleh Pintu Gerbang Kota
Sultan Ismail Petra atau Menara Rehal yang menjadi lambang kemegahan ibu negeri
Kelantan, Kota Bharu. Terdapat banyak lokasi menarik untuk dilawati di sekitar
Menara ini antaranya Padang Merdeka, Istana Balai Besar dan Bank Pitis.
Lokasi lain
yang patut anda sekeluarga lawati juga kalau ke kota ini adalah seperti Muzium
DiRaja, Masjid Muhammadi dan Kampung Kraftangan.
Alamat: D1,
Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
15. Muzium Kraftangan
Terletak di
pusat bandar Kota Bharu, kalau anda datang melancong ke negeri ini, memang
wajib untuk anda singgah ke muzium ini kerana di sini anda dapat melihat
pelbagai jenis hasil tangan kreatif dan barangan tradisional Kelantan.
Barangan-barangan ini boleh dijadikan hiasan di rumah anda kalau anda ingin
mewujudkan suasana klasik di mana-mana sudut rumah dengan barangan seperti
songket, ukiran kayu, buluh, raga, anyaman rotan dan bermacam lagi jenis
cenderamata.
Waktu Operasi: Setiap
hari kecuali Jumaat (8.30am – 4.45pm)
Bayaran Masuk: RM1.00
Alamat: Kampung
Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Off Jalan Belakang Istana, Kelantan, 15000 Kota
Bharu
16. Lata Beringin
Sebuah air
terjun yang sangat indah di Kelantan dengan ketinggian sebanyak 120 meter, ia
merupakan salah satu daripada air terjun yang tertinggi di Kelantan.
Antara aktiviti
yang boleh anda sekeluarga lakukan sekiranya datang ke sini adalah seperti
jungle trekking, berkhemah, memancing dan berkelah. Kalau anda yang sukakan
fotografi juga, disyorkan untuk anda melawat air terjun ini kerana
pemandangannya yang sangat menyejukkan mata.
Alamat: Sungai
Pas, Kuala Krai
17. Taman Negara Kuala Koh
Taman Negara Kuala Koh ini
adalah yang terbesar di Malaysia dan meliputi 3 negeri, Pahang, Kelantan dan
Terengganu dengan keluasan sebanyak 4343 kaki persegi. Hutan hujan tropika yang
berusia lebih kurang 130 juta tahun ini dapat memberikan pengalaman penerokaan
yang sebenar. Di sini anda mungkin dapat menemui haiwan-haiwan liar dan
sekiranya anda bernasib baik, mungkin anda dapat melihat gajah yang berada di
dalam hutan ini.
Antara aktiviti
lain selain jungle trekking, anda boleh berakit ataupun memancing ikan di
sungai yang tenang di hutan ini. Waktu yang terbaik untuk melawat Taman Negara
ini adalah pada bulan April sehingga Oktober.
18. Pasar Siti Khadijah
Siapa tak kenal
pasar yang mahsyur di Kelantan ni, di sinilah syurga membeli-belah untuk
wanita. Bermacam-macam benda yang dijual di Pasar Siti Khadijah ini, dari
barangan kraftangan, pakaian, barang kemas, alat solek, barang sulaman,
permainan dan macam-macam lagi, bukan setakat barangan, malahan makanan pun
pelbagai jenis seperti kuih-muih Kelantan, keropok, dodol, serunding, rempah
ratus dan lain-lain.
Kalau nak
membeli-belah di sini, anda akan mendapat harga yang special kalau membeli
secara borong, bolehlah beli untuk saudara-mara atau geng-geng pejabat, kalau
nak murah lagi, anda boleh cuba untuk bertawar-menawar dengan peniaga.
Kalau dah penat
mencuci mata melihat barang-barang di pasar ni, anda boleh menjamu selera di
medan selera yang terdapat di tingkat satu bangunan ini. Boleh rambang
mata anda melihat kepelbagaian jenis makanan yang terdapat di sini seperti
laksam Kelantan, mee celup, nasi atau mee sup perut, pergh semua sedap-sedap,
mesti puas punyalah!
Waktu Operasi: Setiap
hari (7.00am – 6.00pm)
Alamat: Jalan
Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
19. Pantai Senok, Tawang Bachok
Pantai Senok terletak di Tawang, Bachok
Kelantan kini mula dikenali dan dikagumi. Bertapa ramainya yang berkunjung ke
pantai ini sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya di kawasan
sekitar pantai tersebut.
Pokok-pokok ru di kawasan pantai senok
ditanam oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan agensi kerajaan dalam usaha
untuk menggalakkan penjagaan alam sekitar sejak lebih 5 tahun dahulu. Kini
pokok-poko ru sudah membesar dan menjadi matang sekaligus mengindahkan lagi
kawasan Pantai Senok hingga menjadi tarikan pelancong di Kelantan.
Pantai Senok juga menjadi lokasi utama untuk
sesi fotografi perkahwinan. Setiap hujung minggu terutamanya musim cuti
sekolah, puluhan pasangan pengantin akan memenuhi kawasan ini untuk sesi
fotografi sebagai kenangan.
Alamat : Tawang, Bachok Kelantan
0 comments