Kulit
wajah yang tegang dan anjal membuatkan wanita tampak muda, mereka juga lebih
berkeyakinan. Menyedari perkara itu, kaum hawa sanggup berhabis wang untuk
memiliki kulit wajah cantik. Namun tidak semua mempunyai kemampuan sebegitu.
1. Makanan Berkhasiat
Elakkan
makanan ringan dan berlemak.
Amalkan
mengambil sayur-sayurkan dan buah-buahan. Khasiat terkandung di dalam sayur dan
buah membekalkan nutrient kepada tubuh. Hasilkan kulit menjadi anjal, lembab
dan berseri. Jangan lupa, minum air putih secukupnya agar kulit tidak menjadi
kering.
2. Teh hijau lambatkan penuaan
Teh
hijau kaya dengan antioksidan baik untuk diet kerana mengandungi katekin.
Kandungan katekin efektif meningkatkan metabolisme tubuh. Ekstrak teh hijau
juga dikatakan dapat membantu menganjalkan kulit.
Selain
dijadikan minuman harian, anda juga boleh menggunakan teh hijau sebagai masker.
Sapu pada seluruh wajah, biarkan selama 15 hingga 30 minit, kemudian bilas
dengan air bersih. Petua ini membantu melambatkan penuaan.
3. Pisang Dan Putih Telur
Kisar
sebiji pisang masak bersama sebiji putih telur. Kemudian oles ramuan ini pada
wajah, biarkan sehingga kering. Bilas wajah dengan air bersih. Lakukan petua
ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, anda dapat melihat perubahan pada
kulit wajah. Ia akan menjadi halus dan tegang.
4. Timun Parut Bersihkan Kulit
Basuh
wajah dengan air bersih, kemudian lumurkan timun yang telah diparut pada
seluruh wajah dan leher. Biarkan selama 40 hingga 60 minit, bilas dengan air
bersih. Getah timun membantu membersihkan kulit, memudarkan parut dan
mengecutkan jerawat. Ia juga menjadikan kulit wajah lembab dan tegang.
5. Beras Pulut & Sengkuang
Tumbuk
halus beras pulut, campurkan bersama ubi sengkuang yang dikisar. Gaul sehingga
sebati, kemudian sapu pada wajah serta leher. Biarkan ia kering, bilas dengan
air suam. Gunakan tuala basah untuk pembersihan yang sempurna.
geng wokyoh