Tanda orang itu sebenarnya kaya gaya semata-mata
Di dalam era bila mana Internet bermaharajalela dan setiap inci
kehidupan harian mahu didokumentasikan untuk tatapan awam, materialisme telah
perlahan-perlahan ‘membunuh’ sifat common sense yang ada pada sesetengah
golongan muda dan secara tidak langsungnya menyebabkan budaya biar nampak kaya bergaya walaupun
sebenarnya papa kedana.
Realiti hidup anak muda masa kini
Golongan generasi Y kini terlalu taksub dengan label
dan jenama, sehingga sanggup mengikat perut semata-mata mahu memenangi
‘persetujuan’ sosial baik dari segi menarik minat orang lain untuk berkawan
dengan mereka mahupun ‘Likes’ di media sosial.
Dalam masyarakat sekeliling kita banyak yang kaya
gaya ini:
1.
Rumah besar giler, simpanan langsung tak
ada.
2. Tv plasma besar dinding dan sofa Ikea,
tetapi belum hujung bulan gaji dah kosong.
3. Kereta bukan Proton Saga tapi
bila nak renew road tax pinjam duit mak sedara.
4. Rumah mesti ada Astro dan Maharaja Lawak
Mega, yuran PIBG anak kita yang last sekali bayar.
5. Beg tangan semua jenama LV tapi
semua bukan yang ori. Kalau beli yang ada banyak AAA saja.
6. Sanggup
duduk rumah sewa nak beli rumah yang besar saja, rumah kecil rimas dan kurang
selesa katanya.
7.
Buat kenduri mesti nampak
hebat, takut orang kata kita miskin dan kedekut amat.
8.
Bercuti mesti luar negara, baru nampak
hipster yang amat.
Kemarau ekonomi sedang melanda, buatlah simpanan selagi
ada. Tidak selamanya kita akan makmur, bersedialah untuk
waktu yang akan datang.
Biar miskin gaya tetapi didada kita kaya dengan rasa
cinta
geng wokyoh