Monday, 16 October 2017

Semua Anak Lain Berjaya Kecuali Anak No. 2

** Gambar sekadar hiasan


Semua anak lain berjaya kecuali anak no.2 aku. Aku Selalu Perli Dia. Suatu hari aku kena strok, apa yang dia buat menyentuh hati aku…

“SAYA ADA 5 ORANG ANAK, SEMUA BERJAYA KECUALI SEORANG. Ada doktar, enginer dan kerja kerajaan yang berjawatan tinggi tetapi anak yang no.2 tak menyerlah langsung. Dapat gred 2 dalam SPM. Sangat mengecewakan saya. Tuisyen beratus ringgit sebulan tapi hasil tak ada. Tak macam abang, dan adik dia yang dapat keputusan cemerlang.

“Habis sekolah dapat lah kerja kilang. Duduk dengan saya. Tapi setiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia, “tengok macam adik beradik yang lain, semua kerja elok – elok. Kau sorang je kerja kilang. Buat malu keluarga je kerja kilang. Itu ungkapan yang selalu saya sebut.

“Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak, tak mampu nak uruskan saya, ingat ada anak doktar mudah lah sikit, tak jugak. Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing - masing, hanya datang lawat sekali sekala, lepas tu cepat- cepat balik. Masa ni anak no.2 dah kerja jauh dari rumah.

“Suatu hari anak no.2 balik dengan beg besar, saya tanya kenapa, dia jawab berhenti kerja sebab nak jaga abah. Kelu lidah saya. Berhemburan air mata saya jatuh bila mendengar kata-kata anak no.2 saya itu. INILAH ANAK YANG PALING SAYA KECEWA DULU. Tapi dialah yang menjaga saya sehingga hari ini. Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dulu.



“Rupanya Allah jadikan dia kurang ada sebabnya, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.


“Demikian Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya. Mungkin kita tidak Nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu, Bersangka baiklah dengan ALLAH. Bagi ibubapa yang dapat keputusan anak tidak cemerlang, jangan kecewa, gagal dalam peperiksaan bukan berakhirnya kehidupan. Semoga KISAH INI MENJADI TELADAN BUAT SEMUA.


Load disqus comments

0 comments