Bahan-bahan diperlukan:
1.
3 1/2
sudu tempoyak (yang baru lagi cun)
2.
4 papan
petai (ambil isinya)
3.
Bahan tumbuk: 2 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, 5-8 cili padi
merah (nak pedas tambah lagi) dan sedikit garam
4.
1 labu
bawang besar potong bulat
5.
Segenggam
ikan bilis
6.
Sehelai
daun kunyit muda diracik halus (untuk harum) - tambahan sahaja
7.
Secubit @ hujung sudu kecil serbuk
kunyit (untuk warna)
8.
5 sudu
minyak masak untuk menumis
***Biasanya saya akan goreng ikan bilis, jangan
terlalu garing, dan toskan ikan bilis tersebut
Cara menyediakan dan memasak:
1.
Panaskan minyak
masak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
2.
Masukkan
tempoyak, ikan bilis, petai dan sedikit air tunggu sehingga petai layu/masak.
3.
Masukan
bawang besar, daun kunyit, serbuk kunyit tadi, tunggu sehingga kesemua bahan
masak kemudian padamkan api dan sedia di hidangkan.