Tuesday, 31 October 2017

Resipi Udang Goreng Bersama Tempoyak


Udang Goreng Bersama Tempoyak

Bahan-bahan:

1.    10 ekor udang
2.    2 ulas bawang putih (kisar / tumbuk)
3.    5 ulas bawang merah (kisar / tumbuk)        
4.    4 tangkai cili padi (kisar / tumbuk)
5.    1 sudu besar tempoyak
6.    Garam
7.    Kunyit
8.    Gula
9.    Air
10. Minyak

Cara-cara penyediaan :
1.    Goreng udang yang telah digaulkan bersama garam kunyit terlebih dahulu
2.    Angkat dan ketepikan udang tadi
3.  Dengan menggunakan minyak yang sama tadi, tumis bahan-bahan kisar  bersama tempoyak sehingga naik minyak
4.    Masukkan udang, sedikit garam dan gula, kacau hingga sebati
5.    Tambahkan air supaya tidak terlalu pekat
6.    Biarkan seketika
7.    Sedia untuk dihidang bersama nasi
***Boleh tambahkan cili padi potong sekiranya nak lagi pedas

Selamat mencuba…