Thursday, 19 October 2017

Resipi Sardin Sedap MeletOp


RESEPI SARDIN SEDAP MELETOP

Bahan-Bahan:

1 tin sardin cap botan
2 biji bawang besar - 1 biji dihiris & 1 biji lagi dipotong bulat
3 ulas bawang putih - diketuk
2 sudu besar cili blend/cili boh
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap manis cap kipas udang
1 biji cili besar (merah) - dihiris
5 biji cili padi (hijau)
1 biji tomato - belah 4
1 keping asam keping
2 helai daun limau purut
Garam, gula secukup rasa

Cara-Caranya:

1.    Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang yang telah dihiris sehingga naik bau.

2.    Kemudian masukkan cili blend/cili boh, tumis sehingga pecah minyak.

3.    Seterusnya masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Tumis sekejap dan masukkan sedikit air.

4.    Setelah mendidih, masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. Aku lebih suka masukkan garam sebelum masukkan ikan. Senang nak kacau. 

5.    Setelah semua perasa sebati, masukkan pula ikan sardin yang telah siap dibelah dua. Tak nak belah pun takpe. Terpulang la pada korang ye. 

6.    Kemudian last sekali barulah masukkan daun limau purut, bawang potong bulat, tomato, cili merah dan cili api. 

7.    Kacau rata dan biarkan seketika... 

8.    Siap dan sedia untuk dihidangkan. 


Load disqus comments

0 comments