BAHAN
A
1 kilogram daging
2 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa (dihiris nipis-
sekiranya suka)
3 sudu besar gula merah
3 keping asam keping
3 helai daun kunyit ( dihiris halus)
daun limau purut
garam secukup rasa
BAHAN
B -dikisar
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 tangkai cili kering
5 tangkai cili api ( sekiranya suka)
10 ulas bawang merah
5 sentimeter halia
5 batang serai
3 sentimeter lengkuas
1.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga
masak
2.
Masukkan daging dan masakkan hingga daging
lembut
3.
Masukkan santan, garam, gula, kerisik, daun
limau purut dan daun kunyit
4.
Masakkan sehingga pekat dan naik minyak. Kacau
sekali sekala
5.
Tutup api dan hidangkan
*** Lengkuas dapat membangkitkan selera
makan, membersihkan darah, mencairkan kahak dan merangsang otot.