Friday, 20 October 2017

Resipi Nasi Kak Wook Soho


RESIPI NASI KAK WOOK SOHO

Paling Utama

Nasi putih tanak letak daun pandan simpul. Khasiat banyak tauuu.

Bahan-Bahan Gulai Ayam:

1.    Bawang bombay - 4 labu
2.    Bawang putih - 5 ulas
3.    Halia - 1 inci setengah
4.    Lengkuas - 1 inci setengah
5.    Rempah kari daging - 3 sudu
6.    Rempah kerutub - 1 sudu
7.    Kacang panjang - potong
8.    Terung potong kecik2
9.    Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
10. Santan (jgn pekat sgt)
11. Garam dan kiub ayam
12. 1 kerek nisan

Cara-Caranya:
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.

2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.

3. Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.

4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.

Ayam Goreng Harum:
1.    1 ekor Ayam - potong kecik2
2.    Garam- 2 sudu kecik
3.    kunyit hidup - 2 inci tumbuk lumat
4.    serbuk kunyit - 1 sudu kecik
5.    serbuk cili - 1 sudu kecik
6.    *Daun kari 3 tangkai ( kalau xnak letak pun xpe)

Cara-caranya:
1.    Ayam basuh bersih dan toskan.
2.    Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
3.    Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.

Sambal Belacan Ala Kak Wok:

1.    4 biji cili kering - direbus
2.    Cili padi ikut pedas
3.    2 inci belacan
4.    1 labu bawang besar dibakar
5.    1 labu bawang putih dibakar
6.    Gula, garam, perasa
7.    Air asam jawa

Cara-caranya:
Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dengan kulitnya.