Tuesday, 3 October 2017

Resipi Masak Lemak Siput Sedut Dengan Daun Kaduk



Memandangkan saya dan keluarga penggemar masak lemak siput sedut, disini saya ingin kongsikan resepi cara-cara memasak siput sedut.

Bahan-Bahan:

·   1 kg siput sedut - rendam sekejap dengan air garam, buang ekor dan cuci bersih kemudian toskan
·   10 - 15 biji cili padi - kisar halus
·   2 inci kunyit hidup - kisar halus
·   2 batang serai – dititik
·   1 kotak santan atau 1 biji kelapa
·   3 ulas bawang putih - kisar halus
·   5 ulas bawang merah - kisar halus
·   Segenggam daun kaduk (pucuk muda)
·   Gula melaka atau nise kelantan

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar tadi hingga naik bau, kemudian masukkan santan, siput sedut dan serai.

2. Masak pada api sederhana sambil terus dikacau perlahan. Kemudian masukkan daun kaduk dan perasakan dengan gula melaka (nise) dan garam secukupnya.

3. Akhir sekali, masak hingga kuah mendidih dan pekat dan bila sudah Oke boleh matikan api dan siap dihidangkan.


Masak lemak siput sedut ni sangat sedap bila dimakan bersama dengan sambal belacan dan nasi panas-panas. Okay, sampai jumpa lagi di resepi sedap berikutnya.
Load disqus comments

0 comments