Kueh
Cek Mek Molek
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Ramai orang bertanya kenapa nama kuih nie cek mek
molek, Ermmm kenapa ya??
Sebenarnya kalau anda tanya orang kelantan sendiri
pun, kebanyakan memang tidak tahu dari mana nama itu di ambil. Nama itu sendiri
diberi oleh orang tua-tua dahulu. Kebiasaanya perkataan cek mek molek ditujukan
untuk gadis-gadis kelantan. Hehehe tak kisahlah kan tu yang uniknya kuih.
Cek mek molek ini memang SEDAP!!!!! Jom kita cuba
buat sendiri
Bahan-Bahan
1.
4-5 biji keledek
2.
2 cawan tepung gandum
3.
Gula secukupnya
4.
Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara:
1. Rebus ubi keledek hingga lembut dan
kupas kulitnya, tumbuk@lenyek sehingga betul-betul lumat. Kemudian campurkan
tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh
2. Bulatkan doh kecil-kecil menjadi bola
dan kemudiannya doh tersebut dileperkan dengan tapak tangan. Sekiranya doh
tersebut masih melekat di tangan, taburkan sedikit tepung gandum di tangan dan
letakan sedikit gula di tengah. Bentukkan manjadi bujur
3.
Kemudian,goreng di dalam minyak yang
betul-betul panas
4.
Siap untuk dihidangkan
Kuih cek mek molek ini sesuai dimakan pada waktu
pagi atau petang bersama minuman panas.
Selamat mencuba…
geng wokyoh