Thursday, 12 October 2017

Resipi Ikan Aya / Tongkol Singgang


Ikan Aya / Tongkol Singgang

Bahan-bahan: 
1.    Seekor ikan aya/tongkol
2.    1 labu bawang putih (7 ulas) – diketuk / dimayang
3.    1 ulas bawang merah (Besar) - dihiris
4.    1 inci lengkuas - dipotong
5.    1 inci kunyit hidup - diketuk
6.    4 keping asam keping ( asam gelugor )
7.    6 biji cili api ( kalau suka pedas lebihkan cili)
8.    Kacang bendi
9.    Air – untuk dijadikan kuah
10. Garam
11. Ajinomoto

***kuantiti bawang putih dan lengkuas mesti sama berat

Cara-cara menyediakannya:
1.    Masak air sehingga mendidih
2.    Masukkan bawang putih, bawang merah, lengkuas, asam keping dan kunyit kedalam air yang telah mendidih.
3.    Masukkan ikan, garam dan ajinomoto.
4.    Akhir sekali masukkan bendi dan biarkan sehingga ikan betul-betul masak.

Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Load disqus comments

0 comments