Saturday, 28 October 2017

Resipi Daging Goreng Lada Hitam




Resipi Daging Goreng Lada Hitam

Bahan – bahan :

1.    500gm daging lembu (dipotong kecil dan nipis)
2.    2 sudu besar kicap pekat

3.    2 sudu besar tepung jagung dan 1 cawan air (dibancuh)
4.    2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
5.    3 sudu besar minyak
6.    Garam secukup rasa

Bahan menumis :

1.    5 ulas bawang merah
2.    2 ulas bawang putih
3.    1 inci halia
4.    1 labu bawang besar

Bahan Hiasan :

1.    Daun Sup
2.    Daun Bawang
3.    Tomato
4.    Cili merah
5.    Cili hijau

Cara- cara penyediaan :

1.    Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu
2.    Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut
3.    Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan lada hitam
4.    Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan
5.    Sedia dihidang bersama nasi

Selamat mencuba…



Load disqus comments

0 comments