JAKARTA, INDONESIA - Seorang remaja perempuan
berusia 13 tahun dari Walenrang, daerah Luwu, Selatan Sulawesi, berada dalam
keadaan trauma selepas dirogol 21 lelaki di dua lokasi dan waktu berbeza, lapor
The Star.
"Mangsa takut bertemu dengan orang. Ketika kami
datang menemuinya pada Isnin, dia sangat takut untuk bertemu dengan kami.
Selepas kami menjelaskan identiti kami, akhirnya dia bersetuju untuk berjumpa
dengan kami," kata Andi Fatmawati Syam, Ketua Bahagian Perlindungan Wanita
dan Kanak-Kanak di bahagian Pentadbiran (PPPA) cawangan Daerah Luwu, Selasa.
Bukan sahaja takut untuk berjumpa dengan orang,
malah katanya, mangsa menjadi semakin sensitif terutamanya apabila diajak
membincangkan masalah yang dihadapinya.
"Dia bercakap sedikit sahaja. Setiap kali kami
menyentuh perkara yang berkaitan dengan kejadian itu, matanya tiba-tiba
berair," katanya.
Fatmawati berkata, pihak PPPA akan memberi bantuan
guaman dan kaunseling pada mangsa untuk membantunya pulih kembali.
Mangsa, graduan pertama di sekolah menengah di Luwu,
dirogol 21 lelaki berusia dari 13 hingga 30 tahun. Seramai 14 suspek telah
ditahan sejak minggu lalu. Sementara itu tujuh lagi suspek masih bebas.
"Kami telah mengenal pasti identiti tujuh
suspek berkenaan. Kami yakin mereka akan diberikas tidak lama lagi," kata
Ketua Polis Daerah Luwu, Adj. Sr. Comr. Ahmad Yanuari dalam kenyataan pada hari
Selasa.
Menurutnya, mangsa telah dirogol sejak bulan Ramadan
yang lalu, Jun 2017. Tetapi kes itu hanya dilaporkan kepada polis pada 11
Oktober lalu.
Sumber : The Reporter
geng wokyoh